Skip to content Skip to footer

agropelancongan

Selangor Fruit Valley

AGROPELANCONGAN

Selangor Fruit Valley

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) menerima 1,000 hektar tanah daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2002 untuk membangunkan tanaman buah-buahan di Hutan Simpan Rantau Panjang, Gombak. Pada tahun 2003, projek Selangor Fruit Valley (SFV) dimulakan dengan menanam lima jenis buah iaitu buah belimbing, tembikai, betik, nangka dan buah naga.

Pada tahun 2006, SFV mula beroperasi sebagai destinasi Agro Pelancongan dengan menyediakan kemudahan dan infrastruktur seperti trem penumpang yang membolehkan pengunjung merasai sendiri suasana pertanian di samping merasai hasil segar yang dijual.

Antara tarikan SFV adalah menikmati kepelbagaian Buah-buahan Tropika, Taman Herba, Rumah Tradisional Selangor, Taman Orkid, Taman Rusa, Taman Arnab, dan banyak lagi.

Tahun 2019 menyaksikan SFV memperluaskan penanaman dan penuaian tanaman jangka panjang seperti durian, nangka, kelapa pandan dan jambu batu bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Pada tahun berikutnya, SFV menceburi bidang tanaman berteknologi tinggi seperti anggur, halia, fertigasi dan hidroponik dalam usaha
meningkatkan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian.

SFV juga telah menerima pensijilan MyGap daripada Jabatan Pertanian Malaysia bagi memastikan makanan tersebut selamat untuk dimakan.

ANUGERAH

2019

Gold Award Agro Tourism Initiative Program (PKPS)
Gold Award Fastest Growing Agro Tourism Park (SFV)

2021

Best Agro Tourism Destination (SFV)
Best Agro Marketing & Promote Initaitive (PKPS)