Skip to content Skip to footer

BAJA ORGANIK

Baja Kompos

BAJA ORGANIK

Baja Kompos

Pada tahun 2011, PKPS memulakan projek ayam pedaging di Ladang PKPS Jelutong Jati, Sabak Bernam yang mempunyai kapasiti 180,000 ekor ayam secara berpusingan. Empat tahun kemudian, pada tahun 2014, sebanyak 8 reban ayam dua tingkat telah ditambah di Mukim Ulu Tinggi, dengan tambahan 240,000 ekor ayam Setiap pusingan.

Digabungkan, keseluruhan operasi menghasilkan kira-kira 860 tan baja asli daripada ayam setiap kitaran, yang bersamaan dengan 54 hari.

Oleh itu, pada tahun 2017, kaedah pelupusan yang lebih inovatif / mampan telah dilancarkan, menggunakan teknologi dari Taiwan, iaitu baja asli ini ditukar menjadi baja kompos.

Seterusnya,sebuah kompleks pelupusan telah dibina, dan 3 unit Silo untuk pemprosesan kompos juga telah dipasang. Kompleks ini telah siap dibina pada November 2018 dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2019.