TUESDAY, OCTOBER 21, 2014
Font Size

Definisi Perniagaan

Perniagaan dalam bahasa mudahnya adalah apa jua organisasi yang bermotifkan keuntungan maka ianya adalah sebuah perniagaan. Mari kita lihat kepada beberapa persoalan dibawah berkaitan perniagaan.

Bagaimana dengan seorang individu yang menjual pen dan ada yang membelinya, adakah ini perniagaan? Jawapannya tidak.

Bagaimana pula dengan seorang individu yang menjual pelbagai barangan dan ramai orang membelinya, adakah ini perniagaan? Jawapannya pun tidak.

Bagaimana pula dengan MLM, adakah kalau kita menjual sesuatu produk MLM dianggap sebagai perniagaan? Jawapannya ya. Suatu syarikat yang menjalankan MLM adalah perniagaan dan ahlinya yang menjual barangan produk tersebut secara tidak langsung juga menjalankan perniagaan. Tanpa ahli perlu membuka sebuah syarikat.

Ia akan dianggap perniagaan bila mana ia terdapat aktiviti dan usaha yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang perlu untuk suatu sistem ekonomi dan dianggap perniagaan bila mana ia mendaftar sebagai sebuah syarikat iaitu pemilikan tunggal, perkongsian, sendirian berhad atau berhad. Sesebuah perniagaan harus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat.

Berlainan pula dengan perniagaan di dalam Islam, selain mesti memenuhi tuntutan syariah, halal dan haram. Perniagaan bukan lagi bermotifkan keuntungan (profit) tetapi keberkatan (barakah). Asasnya jelas iaitu mencari keredhaan Allah, rezeki ditentukan oleh Allah dan soal jawab di akhirat kelak, kerana paling berat hukuman nya adalah kepada peniaga yang tidak jujur. Di mana kalau kita mendalami keusahawanan Islam, kita dapat lihat sumbangan yang lebih besar kepada kesejahteraan ekonomi negara dan masyarakat.

Di atas adalah tafsiran jelas mengenai perniagaan. Namun tidak kira apa definisi rasminya, selagi terdapat urusan jual dan beli dan keuntungan/keberkatan kepada penjual ia boleh lah dianggap perniagaan.

Jujur dan amanah pada diri sendiri penting untuk sesuatu perniagaan bertahan lama. Mengkhianati pelanggan dan menggunakan duit syarikat untuk urusan selain daripada kegunaan syarikat adalah perkara yang tidak patut dilakukan sama sekali.

Persaingan wujud di mana sahaja, seseorang peniaga dan usahawan perlu memperbaiki dan membangunkan diri seiring dengan teknologi dan perkembangan semasa supaya sentiasa kelihatan segar dan berkembang. Ilmu perlu dipertingkatkan namun fokus dan masa harus diberi keutamaan kepada perniagaan.

Azri

Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri perkapalan, minyak dan gas. Kini melakukan perniagaan network marketing sepenuh masa. Di samping itu mengendalikan seminar untuk para pengedar supaya mampu memahirkan diri dengan selok belok perniagaan internet, perisian dan pelbagai lagi.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle Plus

Leave a Reply


Perkhidmatan Pelanggan Bisnes Internet

Perkhidmatan Pelanggan Bisnes Internet
Jika anda sudahpun berjaya melakukan jualan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, dan berjaya menjana wang melalui bisnes internet. Jangan pula anda sangka itu adalah nokhtah akhir bagi urusniaga tersebut. Anda masih perlu menyediakan perkhidmatan pelanggan selepas jualan. Sebahagian daripada perkhidmatan-perkhidmatan ini penting bagi mengekalkan reputasi anda di persada bisnes internet, manakala sebahagian lagi merupakan strategi […]
Read More ...

Perisian Screen-Capture

Perisian Screen-Capture
Berdasarkan pemerhatian dan kajian, pemasaran video semakin popular di kalangan usahawan internet pada hari ini. Bukan sahaja video memudahkan prospek mengenal sesuatu produk dengan lebih efektif, ia juga didapati dapat menarik minat lebih ramai pembeli berbanding surat jualan atau perkongsian informasi berbentuk teks. Selain itu, gambar dan video mudah dihasilkan dengan hanya menggunakan perisian untuk […]
Read More ...

Strategi Pemasaran Emel

Strategi Pemasaran Emel
Please Login to view this Content. (Not a member? Join Today!)
Read More ...
  • 1
  • 2
  • 3

Sponsor

Login Form

%d bloggers like this: