Zekr – Software Al-Quran Desktop

June 11, 2011 0 Comments Software 472 Views

Artikel di bawah dipetik kembali dari artikel blog lama dengan sedikit suntingan/ pindaan.

Perisian zekr ini adalah Al-Quran digital pada desktop anda, ianya boleh dimuat turun di www.zekr.org. Ianya sangat bermanfaat dan merupakan hasil dari projek Tanzil. Berkenaan projek Tanzil anda boleh lawati www.tanzil.info. 

Berikut sedikit tutorial bagaimana anda melakukan modifikasi pada program Zekr yang telah selamat dipasang pada komputer anda.

Anda boleh mengubah terjemahan dan juga bacaan, untuk bacaan terdapat pilihan onlinedan offline, di mana jika online ianya adalah audio streaming dimana bacaan diambil dari server  www.versebyversequran.com. Manakala untuk offline file audio disimpan dalam komputer anda dan anda boleh mendengari bacaan Al-Quran walaupun tanpa talian internet.

Untuk memuat turun file audio offline, sila pergi ke http://zekr.org/quran/en/quran-for-windows pada menu ‘Extensions’ pilih ‘Recitations’. Anda akan dibawa ke window baru seperti di bawah, pilih qari yang anda minat serta mulakan muat turun. Gambar di bawah sebagai rujukan.

Selesai memuat turun dalam komputer. Mulakan aplikasi Zekr anda, klik pada butang ‘Tools’ > ‘Add’ > ‘Recitation’ (terdapat pilihan mengikut jenis file yang anda muat turun).

Pilihan folder akan terbuka dan pilih file di mana anda muat turun tadi, pasangkan ia pada aplikasi Zekr. Kaedah yang sama juga digunakan untuk tejemahan (translation).

Untuk memilih dan memainkan bacaan serta terjemahan, gambarajah di bawah mampu memberi anda kaedah nya. Pada ‘Audio’ > ‘Recitation’, pilih Qari kesukaan anda sama ada melalui ‘streaming audio’ iaitu bacaan diambil dari internet atau pada audio ‘offline’ yang anda telah anda muat turun dan pasangkan pada aplikasi Zekr.

Gambarajah di bawah pula jika anda ingin mengubah terjemahan mengikut pemahaman anda. Pada ‘View’ > ‘Translation’, pilih terjemahan yang telah anda pasangkan pada aplikasi Zekr.

Tutorial di atas sudah cukup untuk membuat aplikasi Zekr anda kini berfungsi dengan baik. Kini tiba pula ke bahagian ‘tips and tricks’.

Untuk menukar theme (tema) dan text Al-Quran (supaya sedap dan jelas mata membaca). Berikut adalah caranya:

Pada butang ‘Tools ‘ klik dan pilih ‘Options’.

Window pop up akan terbuka, pada pilihan ‘General’ pergi kepada ‘Theme’ dan menukarnya kepada ‘sky’. Tekan ‘Apply’ dan ‘OK’.

Pada pilihan ‘View’ tukar ‘quran_fontName’ dengan ‘double clicks’ pada ruang value dan bawa Traditional Arabic ke depan disudahi dengan koma (,) serta pilihan lain selepasnya. Aplikasi Zekr akan memilih jenis font ini dahulu (kerana itu ianya diletakkan di depan). Kemudian tekan ‘Apply’ dan ‘OK’.

Kini aplikasi Zekr anda telah sempurna dan mengikut citarasa anda sendiri (citarasa saya sebenarnya). Dengan text Al-Quran yang lebih jelas, terjemahan yang anda fahami serta Qari kesukaan anda. Apa yang anda perlukan kini adalah speaker Sonic Gear untuk pengalaman bunyi yang lebih mendebarkan.

Akhirul kalam, banyak kan lah membaca Al-Quran di bulan Ramadan ini.

Update:

1. Setelah menggunakan tadi, terdapat kesalahan baris jika guna ‘Traditional Arabic’ sebagai pilihan utama quran_fontName. Sila tukar kembali font utama daripda ‘Traditional Arabic’ kepada setting asal iaitu  ‘me_quran’. (bawa ‘Traditional Arabic’ ke belakang atau pilihan ketiga)

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply