Tambah Font Pada Komputer

June 11, 2011 0 Comments Tutorial 559 Views

Di sini saya akan membuat tutorial bagaimana menambah font pada komputer/ laptop/ desktop anda.

Ia penting jika anda ingin rekacipta header, logo, atau berniaga T-Shirts.

Mula-mula sila lawati www.dafont.com atau klik pada logo ini.

dafont

Di laman web mereka terdapat beratus jenis font yang anda boleh muat turun dan pasangkan pada komputer, di bawah adalah antara senarainya

font-list

Setelah membuat pilihan, untuk tutorial ini saya memilih Stencil, Army. Jadi saya klik pada ‘Stencil, Army’ pada senarai.

klik-download

Sesudah anda dibawa ke laman khusus ‘Stencil, Army’, download mana-mana font yang anda suka. Saya memilih ‘CAPTURE IT’.

Selesai muat turun, kini anda perlu memasangkan nya pada komputer.

Pada komputer anda pergi ke ‘Control Panel’ (Untuk yang menggunakan OS Windows, Klik pada ‘‘Start’, disebelah kanan anda akan lihat ‘Control Panel’ serta ikonnya). Di dalam Control Panel terdapat pelbagai folder, pilih folder ‘font’. Gambar di bawah sebagai panduan.

control-panel

Buka folder font ini dan sesudah itu buka fail font yang anda muat turun tadi (fail font yang anda muat turun tadi disimpan menggunakan .zip). Kini anda hanya perlu pindahkan font yang anda muat turun tadi ke dalam folder di Control Panel. Gambar di bawah sebagai panduan.

installing

Apabila anda memindahkan nya, proses pemasangan berlaku secara automatik. Dapat dilihat dari gambar di atas.

capture-it

Anda dapat lihat kini, jenis font ‘CAPTURE IT’ sudah terdapat pada program-program di dalam komputer, dan anda sudah boleh menaip dengan menggunakan font ini. Gambar di atas adalah hasil setelah memasang font tadi pada salah satu program ‘photo editor’.

lain-font

Ini pula jenis-jenis font apabila saya gunakan program ‘MS Outlook 2007′.

Anda boleh serlahkan daya kreatif anda ketika menulis kepada rakan, membuat design sesuatu barangan contoh t-shirt, mug, dan lain-lain hanya dengan menggunakan pelbagai jenis font yang terdapat di laman web dafont.com.

Sekian tutorial.. selesai

About author

Related articles

Sorry, no posts were found.

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply