Strategi Perkhidmatan Personal Coaching

June 5, 2013 0 Comments Bisnes 771 Views
Strategi Perkhidmatan Personal Coaching

Terdapat pelbagai model bisnes internet di luar sana. Setiap satunya mempunyai potensi untuk menjana wang besar bagi seseorang usahawan internet. Salah satu model bisnes yang semakin popular adalah dengan menawarkan personal coaching untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Kelebihan personal coaching

Pertama, personal coaching membolehkan perkongsian ilmu secara fokus kepada individu atau sekumpulan kecil individu. Ini sudah tentu antara daya penarik untuk mendapatkan pelanggan kerana coaching tersebut akan fokus kepada situasi atau masalah mereka, dan bukannya diskusi umum.

Kedua, masa, tempat dan peraturan personal coaching adalah fleksibel kerana ia melibatkan seorang trainer dan kumpulan kecil individu. Sebagai seorang trainer, anda akan dilihat sebagai seorang yang prihatin kerana mempertimbangkan permintaan pelanggan pada masa dan tempat yang mereka inginkan.

Dan ketiga, anda boleh menetapkan sendiri harga untuk sesuatu sesi atau siri personal coaching berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda. Dengan melakukan promosi yang efektif, anda berpotensi menjadi seorang trainer yang disegani dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan anda.

Baiklah, jadi bagaimana memulakan personal coaching bagi seseorang usahawan internet?

1. Pilih kepakaran yang tertentu – demand, client pays

Pertama sekali, sudah tentu anda perlu memilih bidang kepakaran yang anda ingin fokus mengajar. Apa yang anda boleh lakukan adalah untuk menulis di atas sekeping kertas ataupun buku nota, apakah kemahiran atau kepakaran diri yang mampu anda ajarkan orang lain. Sebagai contoh, anda telah kehilangan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa dua bulan. Anda boleh tawarkan personal coaching untuk penurunan berat badan secara sihat. Ataupun sekiranya anda pernah pokai pada satu masa dahulu, kemudian anda terjumpa satu lubuk wang yang menjana sejumlah wang yang lumayan dalam tempoh yang singkat. Anda pernah mencubanya dan ia terbukti berkesan. Dalam situasi ini, anda boleh tawarkan personal coaching untuk kaedah efektif penurunan berat badan cara selamat.

2. Bina kredibiliti diri

Sebelum ‘menjual’ sesi personal coaching, anda perlu terlebih dahulu membina kredibiliti diri. Terdapat pelbagai cara untuk membina kredibiliti, yang paling mudah adalah untuk membina blog yang kerap dikemaskini dengan tip-tip berkaitan dengan bidang kepakaran anda. Anda juga boleh menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain untuk membuat perkongsian mengenai informasi terkini dan relevan dengan bidang kepakaran anda.

Seperkara lagi, sungguhpun anda akan menawarkan coaching untuk mengajar orang lain, tidak bermakna anda tidak perlu 

personal coaching

belajar daripada orang lain. Laburkan wang, masa dan tenaga untuk belajar ilmu-ilmu personal coaching daripada pakar, belilah buku-buku panduan dan lengkapkan diri anda untuk menjadi personal coach yang mahir.

3. Tentukan kadar bayaran dan terma lain

Selanjutnya anda boleh menentukan kadar bayaran untuk dikenakan kepada peserta coaching anda. Selain itu, anda juga perlu memikirkan terma-terma lain seperti kaedah pendaftaran, pembayaran, persediaan, bahan mengajar, sistem coaching online ataupun offline, dan sebagainya. Semua perkara ini perlu dipertimbangkan dan diselesaikan sebelum anda memulakan sebarang promosi personal coaching bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di masa hadapan.

4. Promosi sesi ‘personal coaching’ anda

Setelah semua perkara selesai dipertimbangkan dan disediakan, anda bolehlah memulakan promosi untuk sesi personal coaching anda. Secara online, anda boleh membuat promosi di blog, di laman media sosial, menyewa ruangan iklan di laman web bertrafik tinggi dan sebagainya. Manakala secara offline, anda boleh membuat promosi dengan mencetak dan mengedarkan brosur dan flyers, dan menyewa ruangan iklan di dada-dada akhbar.

5. Sentiasa bersifat profesional

Sejak dari awal anda mempromosikan sesi coaching, kepada menguruskan dan mengadakan sesi coaching, dan komunikasi susulan kepada peserta, anda mesti ingat untuk bersikap profesional pada setiap masa. Namun ia tidak bermaksud anda tidak boleh membuat sebarang lawak jenaka. Apabila ada peserta meminta pendapat, ataupun bertanyakan soalan, anda harus memberikan respon secara profesional.

6. Minta maklum balas untuk penambahbaikan

Akhir sekali, sebaik sesi personal coaching itu tadi selesai, anda boleh menghubungi peserta untuk meminta maklum balas untuk penambah baikan. Sekiranya mereka memberikan maklum balas positif, maka ucapkan terima kasih dan fokus kepada promosi sesi berikutnya. Manakala sekiranya mereka memberikan maklum balas negatif, anda perlu bersabar dan menganggap komen tersebut sebagai sesuatu yang konstruktif untuk penambaikan sesi personal coaching yang akan datang.

Itulah dia, perkongsian beberapa strategi menyediakan perkhidmatan personal coaching. Selamat mencuba!

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply