SSH – Secured Shell PuTTY

August 31, 2015 0 Comments Server 485 Views
SSH – Secured Shell PuTTY

Shell dalam dunia komputer adalah program yang membolehkan pengguna berkomunikasi dan seterusnya memasukkan arahan kepada sistem operasi sebuah mesin komputer.

Terdapat dua jenis Shell yang asas iaitu dipanggil Command-Line Interface atau CLI dan juga Graphical User Interface atau GUI.

Contoh CLI adalah seperti program MS-DOS dimana arahan ditulis dalam bentuk teks sahaja. GUI pula melibatkan tetingkap (window untuk paparan), ikon, dan juga pergerakan mouse. GUI yang termoden adalah seperti MS Windows sendiri yang lebih kepada Object-Oriented User Interface.

SSH atau Secured Shell digunakan untuk berkomunikasi dengan lebih selamat. Ini kerana segala maklumat yang dipaparkan dan arahan yang dimasukkan telah disulitkan (encypted). SSH merupakan CLI yang digunakan untuk berkomunikasi secara capaian jauh dengan server (komputer pelayan) Linux.

Putty_settings

Tetapan dilakukan sebelum sambungan

Sebenarnya SSH ini merupakan protokol dan bukanlah sejenis program, namun umum sering menggunakan istilah SSH untuk mengambarkan ianya sebuah program CLI.

Untuk pengguna komputer dengan Microsoft Windows, SSH yang sering digunakan untuk berkomunikasi dengan server melalui port 22 adalah PuTTy. Manakala bagi sistem operasi Apple Mac, program yang dikenali sebagai Terminal diguna pakai.

Program ini perlu dimuat turun dan dipasang pada komputer dahulu. Untuk dapatkan perisian PuTTy ini, boleh muat turun di sini http://www.chiark.greenend.org.uk/~sgtatham/putty/download.html

Terdapat 2 perisian untuk dimuat turun iaitu PuTTY dan PuTTYgen. PuTTY adalah SSH manakala PuTTYgen digunakan apabila ingin menghasilkan SSH Private key dan Public Key (ianya tidak wajib, cuma ia memudahkan apabila password tidak lagi diperlukan setiap kali ingin berkomunikasi dengan server).

Putty_command_line

Arahan yang telah berjaya untuk memasang Centos Web Panel

Sistem operasi untuk sebuah server Linux tidak sama seperti sistem operasi komputer desktop dimana terdapat berbagai ikon yang boleh anda klik untuk memulakan sesuatu program.

Sistem operasi untuk server Linux seperti Ubuntu, Centos dan yang lain hanya menyokong dan memudahkan tujuan server iaitu sebagai tempat simpanan fail, pengkalan data, email, ftp, dan sebagainya. Ianya bukanlah untuk kegunaan biasa seperti komputer di rumah.

Jadi SSH seperti PuTTY atau Terminal adalah sesutau yang perlu dipelajari kerana ia digunakan apabila ingin membina, mentadbir dan menguruskan server anda.

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply