Saiz RAM untuk Server Linux

August 28, 2015 0 Comments Server 468 Views
Saiz RAM untuk Server Linux

RAM (Random Access Memory)  adalah antara komponen yang penting bagi sebuah mesin komputer.  Kemampuan sebenar sesebuah komputer bergantung  kepada besarnya RAM untuk menjalankan arahan dari sistem operasi, perisian,  dalam masa yang sama arahan dari pengguna sendiri contoh ketika sedang melakukan kerja grafik atau pun bermain permainan komputer.

Bagi sesebuah server, RAM diperlukan untuk menjalankan sistem operasi nya sendiri sebagai contoh Centos, Ubuntu (Kedua-duanya Linux) manakala perisian tambahan seperti Database MySQL, apache, nginx dan skrip PHP memerlukan RAM juga untuk menjalankan arahan mereka.

Jika anda memasang WHM (Web Hosting Management) atau CPanel didalam server anda. Penggunaan RAM akan menjadi semakin tinggi sekurang-kurangnya 4GB diperlukan. Belum dicampur lagi dengan permintaan dan arahan oleh pengguna/pelawat.

Berikut adalah graf yang diambil daripada laman www.webmastersguard.com, yang menjalankan ujian menguji sistem operasi terkini Linux distribution iaitu Debian, Ubuntu, Centos versi 32bit dan 64bit bagi setiap satu. chart-vps-ram

Jelas dari graf ini Debian 7 adalah terendah iaitu sebanyak 14.64MB, manakala Centos 6 hampir 2 kali ganda iaitu 27.24MB RAM diperlukan.

Rujukan ini penting jika anda ingin memilih Low-End-VPS (Virtual Private Server) yang ada menyediakan pakej serendah 128MB RAM, 10GB simpanan memori (Hard disk atau SSD – Solid State Drive) dan bandwidth 1000GB untuk harga kurang RM60 setahun. Dimana anda boleh memasang VPN (Virtual Private Network), blog menggunakan platform ghost atau mana-mana CMS yang ringan.

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply