Rolling 10 – Rumah Kebajikan Binjai

April 22, 2009 0 Comments cerita 1022 Views

Untuk tahun 2008, lawatan kami di Rumah Ehsan, di mana saya bawa keluarga bersama untuk lawati dan mengambil pengalaman mendekati orang-orang tua yang melarat dibiar atas sebab atau tanpa sebab oleh keluarga.

Untuk permulaan tahun 2009, sekali lagi pada hari Rabu lepas; saya dan 3 lagi rakan sekerja ditemani oleh En. Mohd Zhahid, Pengurus besar syarikat Aworldtech. En. Zhahid telah memainkan peranan yang aktif dan telah banyak berusaha untuk kerja amal ini, membantu golongan yang miskin serta diberi peranan sebagai koordinator dan memantau kerja-kerja pembaikan yang dilakukan pada rumah kebajikan ini. Program ini adalah anjuran Petronas dan melibatkan kontraktor-kontraktornya,

Bertolak dari pejabat seawal pukul 9.00 pagi, di pertengahan jalan sempat berhenti untuk membeli sedikit makanan dalam tin dan juga buahan. Tiba di stesen Petronas Binjai, En. Zhahid sudah pun menunggu kerana beliau yang akan menemani kami ke lokasi yang ditujui.

sdc10547

Terdapat sepuluh buah unit rumah kebajikan di sini, di mana yang dituju adalah rumah seorang warga tua ‘nenek’ yang usinya hampir satu abad lebih kurang di awal 90.

Sampai sahaja di rumah berkenaan, setelah bersalam dan berkenalan, E. Zhahid memberi penerangan serba sedikit mengenai nenek dan keadaannya serta kerja-kerja pembaikan yang telah dilakukan pada rumah ini. Kebanyakan rumah yang terdapat di sini, mempunyai cerita yang pelbagai iaitu isu waris dan ada juga yang membuat rumah ini seperti rumah pusaka di mana agak kurang pengetahuan saya untuk diterangkan.

Keadaan nenek amat uzur dan lebih malang apabila suatu hari cuba menuruni tangga untuk ke tandas (sebelum ini tandas terletak rendah) nenek ini telah terjatuh dan menyebabkan tulang kakinya patah.

Bukannya nenek ini tiada anak, malah diberitakan ada antara anaknya hanya bekerja di Kuantan, namun telah bertahun tiada seorang pun menjeguk. Kini pergerakkannya  terbatas, namun adiknya yang juga tinggal di dalam kawasan rumah kebajikan ini selalu membawa padanya makan dan air minum serta menjadi teman berbual.

sdc10542sdc10543

Beginilah keadaan bilik tidur dan dapur, tahi cicak banyak terdapat di atas tikar dan segala macam habuk menunjukkan yang keadaan nenek ini terbiar. Bukan itu sahaja malah anai-anai sudah lama mendiami tiang serta dinding rumah, malah saya gatal tangan juga cuba menguji kayu ini, terbukti agak merbahaya.

Melihat wanita tua ini duduk di pintu dan merenung ke luar rumah memberi saya akan signifikannya maksud kerinduan itu

Melihat wanita tua ini duduk di pintu dan merenung ke luar rumah memberi saya akan signifikannya maksud kerinduan itu padanya

Berbual dengan nenek ini agak sukar untuk difahami bagi saya kerana ianya dalam loghat Terengganu dan agak kurang jelas, namun ingatannya agak baik.

Setelah menyerah kan barangan yang di beli tadi kepada nenek ini serta wang tunai kepada En. Zhahid kami meminta diri lalu beredar, menuju pula ke Jabatan Kebajikan Masyarakat di Wisma Persekutuan untuk mencari maklumat dan membincangkan bersama pegawai akan program-program dan pusat-pusat yang boleh dimasukkan dalam perancangan aktiviti bagi tahun ini serta follow up untuk aktiviti R10 – Rumah Kebajikan.

ds

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply