Plugin Facebook Hebat Untuk Blog WordPress

April 8, 2012 0 Comments CMS 331 Views

Perisian percuma WordPress merupakan perisian blog paling utama yang digunakan di seluruh dunia. Fungsinya yang mudah untuk digunakan dan disertakan dengan pelbagai plugin percuma yang hebat terus menjadikan perisian blog ini terus popular di mata semua pemilik blog di seluruh dunia.

Facebook pula merupakan laman web sosial yang mempunyai jumlah keahlian yang tertinggi pada masa kini. Ia telah mendapat tempat sebagai portal sosial yang paling popular di dunia pada masa kini.

Dalam pada itu, jika digabungkan kekuatan perisian blog WordPress dengan kekuatan portal sosial Facebook, sudah pasti ia akan memberikan hasil yang amat mengujakan untuk seseorang usahawan internet.

Pada masa kini, WordPress mempunyai banyak plugin berkaitan Facebook yang boleh anda tambah ke blog anda. Di sini saya ingin kongsikan beberapa plugin WordPress berasaskan Facebook yang menjadi kegemaran saya:

  1. Facebook Likebox Slider Plugin – Ini adalah plugin gelongsor yang nampak hebat untuk Facebook dan media sosial yang lain.

 

  1. Facebook Page Integrator – Plugin WordPress ini membolehkan anda mencipta kandungan untuk diletakkan di laman peminat Facebook anda menggunakan WordPress (iframe). Anda boleh menunjukkan fail SWF, imej, video daripada Vimeo atau Youtube. Facebook Integrator menggunakan kedua-dua laman sebelum dan selepas ‘like’. Ini membolehkan anda untuk menyembunyikan kandungan daripada pelawat-pelawat yang bukan peminat anda. Anda juga boleh membuat ‘panggilan untuk bertindak’ di laman utama anda.

 

  1. Facebook Like to Download for WordPress – Plugin WordPress ini membolehkan anda menukarkan butang ‘like’ menjadi butang muat turun untuk membina trafik media sosial. Ini adalah satu plugin WordPress yang licik.

 

  1. WordPress ‘Like’ Locker – Ini adalah plugin ‘suka untuk baca’ dan ia agak menarik. Ia mungkin satu-satunya dari jenis ini, atau sekurang-kurangnya yang pertama sepertinya. Ia membolehkan anda mengikat kandungan posting anda dalam sesuatu yang dipanggil ‘kunci like’, yang memerlukan pengguna untuk ‘like’ posting anda sebelum mereka boleh membacanya. Sekiranya anda mempunyai kandungan premium atau sekiranya anda menawarkan muat turun seperti ebook, ini adalah satu cara yang baik untuk membina sumber bernilai kerana ia meminta pelawat untuk menyebarkan kata-kata anda sebelum anda menunjukkan kepada mereka link tersebut.

 

  1. Facebook Walleria – Plugin WordPress ini menyelitkan beberapa objek Facebook dalam laman anda. Ia menggunakan Facebook Graph untuk menarik maklumat mengenai gambar, album, komen, kandungan, acara, dan sebagainya.

 

  1. Facebook AWD – The All in One Plugin – Plugin WordPress ini mempunyai semuanya dalam satu tempat. Di sini anda mempunyai kesemua keupayaan Facebook di hujung jari anda. Tambahkan kotak ‘like’, komen Facebook, sambungan Facebook, graf terbuka, dan sebagainya.

 

Agak menarik melihatkan terdapat begitu banyak plugin WordPress untuk menambahkan fungsi Facebook ke dalam blog anda. Terdapat juga plugin media sosial yang lain yang anda boleh terokai untuk laman lain seperti Twitter. Apa yang penting di sini adalah anda cuma menggunakan plugin yang betul-betul berguna untuk anda. Tidak ada gunakan anda memiliki berpuluh-puluh plugin Facebook di dalam blog WordPress anda tetapi cuma beberapa sahaja yang berguna untuk perniagaan internet anda.

Anda perlu ingat bahawa terdapat ratusan plugin WordPress yang anda boleh masukkan ke dalam blog anda dengan mudah dan cepat, selain daripada plugin Facebook atau media sosial. Ambillah masa untuk terokai apa yang ada. Daripada plugin SEO kepada gelongsor kepada plugin e-mel dan apa-apa sahaja yang anda boleh bayangkan, blog anda sudah tentu boleh mendapat manfaat daripada plugin-plugin WordPress ini.

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply