Pilihan Perisian HTML Editor

February 18, 2013 0 Comments CMS , Domain dan Web 407 Views

Sekiranya anda baru bermula untuk membina laman web anda sendiri, sudah tentu anda sedia maklum bahawa anda perlu menggunakan HTML Editor bagi tujuan tersebut. Mari kita lihat beberapa perisian HTML Editor yang anda boleh gunakan untuk membina sesebuah laman web. Ada antara pilihan perisian HTML Editor ini yang percuma dan ada yang berbayar.

Perisian HTML Editor percuma

1. Kompozer (www.kompozer.net) – perisian ini paling kerap digunakan oleh ramai pereka laman web untuk membina laman web, kerana ia mudah dipelajari dan boleh digunakan secara tunggal di komputer pengguna. Ia merupakan satu perisian percuma yang tidak mempunyai sebarang peraturan larangan.

2. Komodo Edit (www.activestate.com/komodo-edit) – ia mempunyai ciri-ciri untuk pembinaan HTML dan CSS, dan ia juga menyediakan fungsi untuk mendapatkan bahasa tambahan serta ciri-ciri lain seperti karakter istimewa.

3. Aptana Studio (www.aptana.com) – perisian ini juga boleh digunakan secara tunggal di komputer pengguna, serta mempunyai banyak pilihan plugin untuk digunakan. Namun oleh kerana ia lebih tertumpu kepada pembinaan AJAX, ia mungkin tidak berapa sesuai untuk pengguna-pengguna baru yang kurang mahir dengan HTML.

4. NetBeans (www.netbeans.org) – selain boleh digunakan secara tunggal di komputer pengguna, perisian ini sesuai untuk pembinaan CSS, semakan tagging, warna kod yang pelbagai, mempunyai respon yang pantas dan disertakan dengan tutorial bantuan yang tersendiri.

5. BlueFish (www.bluefish.openoffice.nl) – perisian ini mempunyai fungsi penuh untuk platform Linux, namun ia juga menyediakan pilihan untuk digunakan di platform Windows dan Mac dengan ciri-ciri terhad.  Oleh kerana ia mempunyai banyak ciri-ciri untuk mengedit kod yang asas, ia amat sesuai untuk seseorang web designer yang baru berjinak-jinak dengan pembinaan laman web.

6. CoffeCup Free (www.coffeecup.com/free-editor) – perisian ini mempunyai potensi yang baik sebagai HTML editor, tapi kebanyakan fungsinya hanya boleh digunakan sekiranya anda membeli pakej premium CoffeeCup HTML Editor. Sungguhpun begitu, perisian percuma ini memadai bagi seseorang yang baru mula belajar membina laman web.

7. HTML-Kit (www.htmlkit.com) – akhir sekali, perisian HTML editor percuma ini adalah antara yang popular di kalangan pengguna Windows. Ia mempunyai banyak validasi HTML dan CSS yang anda tidak sangka akan diberikan oleh mana-mana perisian percuma.

Perisian HTML Editor berbayar

1. Adobe Dreamweaver (www.adobe.com/products/dreamweaver.html) – perisian ini diakui secara umum sebagai HTML Editor untuk Windows yang paling standard untuk industri laman web, dengan permukaan perisian yang mempunyai banyak fungsi dan boleh dihubungkan dengan platform WordPress dengan mudah. Namun harganya yang agak mahal dan ia tidak terpakai untuk Windows 64-bit mengehadkan jumlah penggunanya yang unik.

2. CoffeeCup HTML Editor (www.coffeecup.com/html-editor) – perisian ini mempunyai fungsi yang lebih banyak daripada CoffeeCup Free, termasuk validasi HTML, menu pembinaan CSS, template profesional, pelbagai bahasa coding dan manual tutorial yang lengkap.

3. Komodo IDE (www.activestate.com/komodo-edit) – perisian ini didatangkan lengkap dengan fail mark-up, cadangan kod dan penggunaan kod. Terdapat juga editor visual bagi pengguna yang lebih gemarkan fungsi drag dan drop untuk membina laman web.

4. Microsoft Expression Web (www.microsoft.com/expression) – ia merupakan editor yang efisyen yang menepati standard terkini dalam pembinaan laman web. Ia mempunyai permukaan yang mudah difahami serta fungsi preview yang fleksibel. Namun, ia kekurangan fungsi Dreamweaver untuk laman web yang disesuaikan untuk tablet, telefon pintar dan komputer desktop.

5. phpDesigner (www.mpsoftware.dk/phpdesigner.php) – perisian ini membolehkan penandaan syntax di dalam lebih daripada 10 jenis bahasa, dan semakan syntax untuk PHP, HTML, XHTML dan juga CSS. Kemaskini didatangkan percuma dengan sokongan dalam pelbagai bahasa yang berlainan.

6. BestAddress HTML Editor (www.mmau.com/software/products/bestaddress.php) – perisian ini boleh digunakan untuk editor teks (kod penulisan tangan) dan juga WYSIWYG (editor visual). Perisian ini banyak digunakan untuk mengedit imej peta, tutorial lengkap dan didatangkan terus dengan perisian FTP untuk membolehkan laman web yang dibina dimuat naik ke internet dengan mudah.

7. CSE HTML Validator (www.htmlvalidator.com) – ia didatangkan dengan semakan HTML, XHTML dan CSS. Perisian ini juga disertakan dengan fungsi optimasi enjin carian (SEO). Ia lazimnya menjadi pilihan designer web yang baru mula belajar pembinaan laman web kerana permukaannya yang mudah dan tutorial yang lengkap.

Terdapat pelbagai lagi HTML Editor di luar sana yang tidak dimasukkan di dalam artikel ini, bahkan dengan pilihan-pilihan yang terdapat di sini pun anda pasti boleh menilai perisian yang mana yang paling sesuai untuk keperluan anda. Selamat mencuba!

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply