Photoblog untuk Peminat DSLR

June 21, 2011 0 Comments Hobi 470 Views

220px-Canon_EOS_50D

Menjadi satu trend orang ramai masa kini terutama golongan muda untuk memiliki dan menggunakan kamera DSLR. Memang berbeza kualiti gambar yang diambil menggunakan DSLR berbanding kamera compact digital yang lain, menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik dan bermakna belum lagi ditambah dengan post-photoshop, gambar seolah hasil seni.

Kebanyakan gambar yang diambil akan disimpan didalam komputer, external hard disk atau thumb drive. Disimpan untuk tontonan sendiri, keluarga dan teman rapat serta tidak dikongsi kepada orang awam.

redrock_dslr20_people-550x222

Bagi yang berminat untuk berkongsi denganĀ  khalayak awam, di bawah adalah platform-platform terbaik untuk sebuah photoblog atau sebuah galeri online yang menempatkan hasil kerja fotografi. Bagi aku ada 2 platform yang terbaik untuk tujuan ini:

1. Pixelpost
2. WordPress

Di atas adalah platform yang memerlukan domain dan hosting sendiri atau dalam erti lain, kena bayar lah bukan percuma.

Pixelpost

pixelpost

Pixelpost ini sebuah platform photoblog yang mudah dipasang dan digunakan. Memerlukan pengetahuan html yang minima. Pixelpost dibina hanya untuk tujuan photoblog tanpa ada kegunaan lain, ianya solid. Layout nya bersih dan simple menjadi pilihan. Pengunjung juga boleh meninggalkan komen serta berkongsi di Twitter atau facebook.

digitalmukmin

Di atas salah satu contoh photoblog yang menggunakan pixelpost, photoblog diatas adalah milik Ustaz Azhar Idrus, penceramah bebas (lebih kepada PAS). Aku selalu berkunjung ke laman web beliau untuk melihat gambar-gambar yang diambilnya. Yang berminat bolehlah berkunjung ke http://digitalmukmin.com untuk melihat sendiri.

Pembangunan pixelpost terhenti sejak tahun lepas dan kod sumbernya telah diberkan kepada orang ramai yang berminat untuk diubahsuai. Masih tiada berita mengenai pembangunan semula projek pixelpost ini. Namun versi nya yang sedia ada (released July 2009) masih boleh dimuat turun.

WordPress

wordpress.org_2011-6-23_15-51-50

WordPress seperti sedia maklum adalah sebuah CMS yang popular, ia bukan sahaja sebuah CMS tapi boleh dikatakan sebuah ‘framework’. di mana melaluinya kita juga mampu membina laman web, e-commerce, forum dan laman social.

Photoblog dengan wordpress memberi lebih ruang kepada seseorang untuk bukan sahaja membina sebuag galeri photo, malah fungsi-fungsi seperti blog, sambungan ke twitter atau facebook fanpage dan feeds, contact form, iklan dan bermacam lagi. Ia lebih sukar berbanding pixelpost, dan memerlukan masa untuk pelajarinya.

www.digitaldome.com

Malah jika pembangunan sesebuah photoblog dirancang dengan teliti, sebuah laman yang cantik, kemas dan hebat mampu dihasilkan. Salah satu contoh yang hebat adalah seperti diatas, lawati di http://www.digitaldome.com.my

Tumblr

4e031ef8eddc6c3569003797

Tumblr pula merupakan sebuah platform micro-blogging, apa yang hebat mengenai tumblr ini adalah kemampuan memaparkan audio,video, teks, gambar dengan hanya satu butang dan mampu dimuat naik terus dari komputer.

Selain itu gambar anda boleh di ‘reblog’ suatu kebolehan seperti ‘retweet’ pada Twitter. Gambar anda juga boleh di ‘share’, ‘like’ dan diberi komen oleh pengunjung, satu ciri social networking yang biasa terdapat pada mana-mana platform.

Berbeza dari pixelpost dan wordpress yang sesuai digunakan dengan domain dan hosting berbayar, Tumblr pula adalah percuma.

tumblr_blog

Menukar Tumblr menjadi sebuah photoblog/ galeri memerlukan pemilihan ‘Theme’ yang sesuai, ia penting untuk memberi layout sebuah galeri pada tumblr anda seperti contoh diatas. Akaun Tumblr boleh didaftar di http://www.tumblr.com

About author

Related articles

Sorry, no posts were found.

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply