Perisian Screen-Capture

February 13, 2013 0 Comments Software 399 Views

Berdasarkan pemerhatian dan kajian, pemasaran video semakin popular di kalangan usahawan internet pada hari ini. Bukan sahaja video memudahkan prospek mengenal sesuatu produk dengan lebih efektif, ia juga didapati dapat menarik minat lebih ramai pembeli berbanding surat jualan atau perkongsian informasi berbentuk teks. Selain itu, gambar dan video mudah dihasilkan dengan hanya menggunakan perisian untuk merakam skrin (screen-capture) yang boleh didapati daripada internet.

Sebenarnya, terdapat beberapa perisian untuk tujuan mengambil gambar atau merakam video, antaranya ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Artikel ini menerangkan mengenai beberapa perisian tersebut untuk rujukan anda.

Perisian berbayar

1. Snagit (www.techsmith.com/snagit.html) – perisian ini boleh menangkap gambar, menilai warna, mainan video atau klip video. Ia juga mempunyai kapasiti untuk menyunting gambar atau video, di samping ia mudah digunakan. Melalui satu kajian online, perisian ini pernah memenangi kategori perisian screen-capture pilihan utama pengguna. Ia boleh didapati pada harga mulai $44.95.

2. ScreenHunter Pro (www.wisdom-soft.com/products/screenhunter_pro.htm) – ia boleh menangkap gambar, objek, keseluruhan skrin, laman web dan banyak lagi. Ia juga mempunyai ciri-ciri untuk suntingan bagi menambah baik atau dan membaik pulih gambar dan video itu tadi. Ia amat sesuai untuk penyediaan persembahan, nota kuliah, tutorial dan sebagainya. Harga untuk mendapatkannya bermula daripada $29.95.

3. HyperSnap (hypersnap.hyperionics-technology-llc.fileflash.com/) – perisian ini mudah digunakan dan ia mempunyai beberapa fungsi suntingan dan pindaan gambar dan video. Ia juga membolehkan anda mencetak dan berkongsi video yang dihasilkan hanya melalui perisian ini sendiri. Ia boleh didapati pada harga mulai $39.95.

4. Ashampoo Snap (www.ashampoo.com/en/usd) – perisian ini memudahkan kerja-kerja menangkap gambar atau aktiviti skrin dan kemudian menyunting gambar atau video tersebut. Anda boleh mengubah saiz, meminda, atau memotong hasil kerja tadi, sebelum mendapatkan hasil yang sempurna. Harga untuk mendapatkannya bermula daripada $19.99.

5. FullShot (www.inbit.com/fullshot.html) – perisian ini boleh menangkap gambar termasuklah skrin, tetingkap, objek, dokumen dan sebagainya. Permukaannya yang ringkas lazim menjadi pilihan pengguna di samping fungsi-fungsi suntingan yang baik. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat merakam video yang menunjukkan aktiviti skrin. Ia boleh didapati pada harga mulai $49.95.

6. Capture Wiz Pro (www.pixelmetrics.com/CapWizPro/) – permukaan yang kecil memudahkan proses mengambil gambar di skrin, dan ia juga mempunyai fungsi suntingan untuk menjadikan gambar itu bertambah baik. Namun kekurangan perisian ini adalah ia tidak dapat merakam video. Harga untuk mendapatkannya bermula daripada $39.95.

Perisian percuma

1. Camstudio (www.camstudio.org) – perisian ini yang mempunyai paling ramai pengguna kerana ia mudah dipasang di komputer dan mudah digunakan. Bagi seorang usahawan internet yang baru bermula dengan pemasaran video, disarankan untuk menggunakan perisian ini untuk latihan dan memahirkan diri sebelum berpindah ke perisian lain yang lebih kompleks.

2. Jing (www.jingproject.com) – ia boleh menangkap gambar skrin dan juga aktiviti skrin berserta audio. Sebagai tambahan, ia juga boleh memasukkan kotak teks, anak panah dan sebarang kotak untuk digunakan di dalam rakaman itu tadi. Fungsi ini sudah tentu menambahkan kesan positif kepada gambar atau video itu tadi.

3. Webinaria (www.webinaria.com) – ia juga amat mudah digunakan untuk menunjukkan aktiviti skrin. Kelebihan perisian ini adalah ia boleh menggabungkan rakaman video (contohnya, melalui webcam) dengan rakaman aktiviti skrin. Jadi sekiranya anda sukakan gabungan rakaman webcam dan aktiviti skrin, perisian ini amat sesuai untuk anda.

4. Wink (www.debugmode.com/wink) – ia adalah perisian khusus untuk membuat tutorial dan persembahan skrin dan anda boleh menambah kotak, butang, tajuk dan sebagainya.

5. UltraVNC Screen Recorder (www.uvnc.com/screenrecorder) – ia dilancarkan berdasarkan Camstudio berserta pembaharuan untuk menambah baik fungsi-fungsi sedia ada. Perisian ini fokus untuk merakam aktiviti skrin.

6. BB Flashback Express (www.bbsoftware.co.uk/BBFlashBack_FreePlayer.aspx) – perisian ini adalah versi percuma untuk beberapa perisian lain yang berbayar. Ia boleh merakam video, skrin dan audio. Ia juga mempunyai fungsi untuk berkongsi video ini ke laman-laman web video utama daripada dalam perisian ini sendiri.

Kini, anda boleh pilih mana-mana perisian screen-capture ini mengikut kesesuaian dan keperluan bisnes perniagaan anda. Selamat mencuba!

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply