Pengenalan Mobi Website

January 8, 2013 0 Comments CMS , Domain dan Web 352 Views

Pernahkah anda mendengar mengenai mobile website, atau lebih popular dikenali sebagai ‘mobi website’?

Mobi website adalah laman web yang boleh dilawati melalui browser internet dengan menggunakan medium peralatan mudah-ahli atau mobile seperti telefon bimbit pintar dan tablet. Walaupun kebanyakan laman web masih boleh dilawati seperti biasa melalui telefon bimbit pintar atau tablet, masih terdapat laman web yang belum optimasikan laman web mereka supaya sesuai sebagai mobi website. Parahnya, laman web yang tidak disediakan sebagai mobi website berpotensi untuk kehilangan pengunjung ke laman web mereka melalui telefon bimbit pintar atau tablet kerana paparan laman web tersebut tidak bertepatan dengan telefon atau tablet mereka.

Adakah anda memiliki laman web untuk perniagaan internet anda? Jadi anda wajib mempertimbangkan untuk menyediakan laman web anda sebagai mobi website.

Mari kita lihat beberapa kelebihan menggunakan mobi website untuk anda sebagai seorang usahawan internet.

1. Kuasa pengguna peralatan mobile

Pada hari ini, lebih ramai pengguna yang memilih untuk memiliki peralatan mobile seperti telefon bimbit pintar dan juga tablet. Terdapat juga ramai yang memiliki beberapa peralatan mobile ini pada masa yang sama. Memandangkan setiap peralatan mobile ini boleh bersambung kepada internet pada bila-bila masa, setiap pengguna ini sebenarnya adalah prospek pelanggan anda.  Dengan mengoptimakan laman web anda sebagai mobi website, anda sebenarnya membuka potensi perniagaan anda untuk dicapai oleh jutaan pengguna peralatan mobile ini! Sudah tentu anda tidak mehu melepaskan peluang mendapatkan prospek seramai ini, bukan?

2. Penjualan peralatan mobile yang meningkat

Laporan penjualan telefon bimbit pintar dan tablet yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar peralatan mobile rata-rata menunjukkan peningkatan yang ketara dalam penjualan produk mereka. Tren ini tidak menunjukkan bahawa prospek anda semakin berkurang sekiranya anda menggunakan mobi website, malah unjuran penjualan menunjukkan peningkatan dalam masa-masa yang akan datang. Sekiranya anda melancarkan mobi website anda dengan segera, anda sebenarnya menceburkan perniagaan internet anda dalam arena baru yang semakin berkembang pesat, iaitu di kalangan pengguna peralatan mobile.

3. Pesaing anda sudah menggunakan mobi website

Sekiranya selama ini anda menghadapi persaingan dengan beberapa usahawan internet lain yang menceburi perniagaan internet seperti anda, pesaing anda akan mempunyai kelebihan besar berbanding anda kerana mereka sudah mengoptimakan mobi website mereka, jadi apa lagi yang anda tunggu? Sudah tentu anda tidak mahu kehilangan prospek pelanggan anda di kalangan pengguna peralatan mobile yang mencari produk anda di browser internet telefon bimbit pintar atau tablet mereka, kemudian anda dapati mereka beralih ke mobi website pesaing anda kerana tidak dapat berkunjung ke laman web anda yang tidak disediakan sebagai mobi website.

4. Trafik mobile menyebelahi anda

Sebaik anda menyertai arena mobi website, anda boleh mengambil peluang untuk menggunakan trafik pengguna-pengguna peralatan mobile ini untuk mengembangkan lagi perniagaan internet anda. Sebagai contoh, mobi website anda boleh dikongsikan secara viral melalui kaedah pemasaran media sosial sepertimana pemasaran online yang lain. Cuma pada kali ini, capaian trafik ke mobi website anda lebih luas dan pantas kerana lebih ramai pengguna yang membawa telefon bimbit pintar dan tablet mereka bersama-sama mereka ke mana-mana sahaja mereka pergi berbanding membawa laptop atau desktop!

5. Semakan emel lebih pantas melalui peralatan mobile

Antara kelebihan menggunakan telefon bimbit pintar dan tablet adalah kemudahan pengguna untuk menyemak emel dan menggunakan media sosial pada bila-bila masa. Ini juga bererti, pemasaran emel dan media sosial anda boleh berjalan seperti biasa di kalangan pengguna-pengguna peralatan mobile ini. Perkara ini dipermudahkan lagi dengan pautan mobi website yang anda sertakan di dalam emel dan posting di media sosial itu tadi yang memberi ruang kepada prospek pelanggan anda untuk terus berkunjung ke mobi website anda yang sudah siap disediakan menurut setting telefon bimbit pintar dan tablet mereka.

6. Capai prospek pelanggan yang lebih ramai

Sudah tentu kelebihan ini tidak memerlukan penjelasan yang panjang. Apabila anda optimakan laman web anda menjadi sebuah mobi website, pasaran untuk perniagaan internet anda boleh mencapai prospek yang lebih ramai berbanding kaedah penyediaan laman web biasa. Ini sudah tentu bermaksud anda meningkatkan potensi perniagaan internet anda untuk berkembang lebih besar selaras dengan perkembangan penggunaan peralatan mobile pada hari ini dan hari-hari yang mendatang.

Itulah dia perkongsian beberapa kelebihan utama anda menggunakan mobi website untuk perniagaan internet anda. Mungkin anda patut mula mempertimbangkan untuk melancarkan mobi website anda sendiri selepas ini atau sesuaikan laman web anda yang sedia ada supaya ia juga boleh menjadi sebuah mobi website. Semoga berjaya!

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply