Optimus Prime di Xtreme Park

July 11, 2009 0 Comments cerita 505 Views

Jika pada Julai tahun lepas mewakili pasukan berbaju merah merangkul tempat sebagai juara, dengan mengalahkan pasukan berbaju oren, biru dan hitam dalam pertandingan ‘bowling’ yang bertempat di Megamall, Kuantan, sekaligus menjulang Piala dan hadiah ‘travelling bag’ Caterpillar.

Bowling01

Tahun ini menyaksikan pasukan ‘Optimus Prime’ muncul ditempat tercorot.

paintball05

Penyokong kuat 'Ayah' yang telah dikecewakan

Bertempat di Cherating Lagoona Xtreme Paintball park, satu pertandingan paintball telah diadakan yang mana melibatkan 4 pasukan iaitu Optimus prime, Megatron, Iron hide dan Starscream. Idea keseluruhan permainan ini adalah mendapatkan bendera pihak lawan, seterusnya membawanya ketempat sendiri.

Gelanggang Xtreme Paintball Park Di Cherating

Gelanggang Xtreme Paintball Park Di Cherating

Optimus prime terdiri daripada 3 orang pakcik, seorang makcik dan seorang brader dimana boleh dikatakan pasukan yang terkuat dan memang confident habis sebagai Juara.

Sedang memilih senjata

Sedang memilih senjata

Perlawanan pertama optimus prime menyaksikan pihak lawan telah terkorban seluruhnya berbanding seorang sahaja daripada pasukan Optimus Prime apabila secara tiba-tiba Field Marshall menjerit “GAME OVER!!!” kerana tindakan salah seorang pakcik yang tidak mendengar dengan teliti ketika peraturan perlawanan dibacakan sebelum perlawanan. Iaitu larangan membuka topeng pelindungan di dalam gelanggang, hatta walaupun ketika itu sudah terkorban ditembak beratus kali. Keputusannya adalah ‘kalah’ secara automatik.

Yati.. dengan coverall dan tudungnya. Amatur habis masing-masing. tapi enjoy!!

Yati.. dengan coverall dan tudungnya. Amatur habis masing-masing. tapi enjoy!!

Perlawanan kedua Optimus Prime juga menyaksikan perkara yang sama berlaku apabila Field Marshall sekali lagi, kali ini hampir terkeluar anak tekak menjerit “GAME OVER!!!!” kerana tindakan seorang brader yang tidak menanggalkan topinya, namun cuma membuka sedikit dengan tujuan lap wap pada cermin topeng dan ini juga dikira melanggar peraturan bangang ni (masih lagi geram).

Aksi bangun untuk menuju ke lubang 'berehat' setelah ditembak berdas-das.

Aksi bangun untuk menuju ke lubang 'berehat' setelah ditembak berdas-das.

Perlawanan ketiga dan seterusnya adalah kekalahan demi kekalahan kerana kekurangan semangat untuk terus berjuang setelah 2 ‘game over’ berturut-turut. Seterusnya menyaksikan cundangnya Optimus Prime dan Megatron yang jahat itu muncul Juara, memenangi beg ‘laptop’. Biasalah Decepticon selalu menang.

Pulang ke rumah adalah hadiah yang sebenarnya apabila melihat, bukan sahaja bengkak, malah terdapat kesan lebam dan sehingga saat ini masih terasa kesan sakit kena tembak.

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply