Offshore – Extension Survey

April 13, 2009 2 Comments cerita 599 Views

Bertolak sebelah petang dengan crew boat, perjalanan mengambil masa 13 jam untuk tiba ke Bunga Raya platform yang terletak di sempadan Malaysia-Vietnam. Tiba di sana pada jam 8.45 pagi dan suasana sudah pun sibuk dengan urusan perpindahan cargo.

br-platform

Bersama saya adalah seorang ABS surveyor, 2 orang technician untuk ‘thickness gauging’ dan seorang electrical technical officer. Fungsi saya di sana adalah sebagai ‘peneman’ sahaja. Tiba di sana kami melapor diri pada ‘Medic’ seorang bekas komando di mana seawal lagi telah membuat saya naik marah. Tujuan kami ke sana adalah untuk mendapatkan pemanjangan tempoh untuk masukkan kapal di ‘dry dock’ yang sepatutnya berlaku pada akhir April ini, di mana perancangan ke dry dock telah dipinda pada bulan Jun atau Julai, dan berjaya atau tidak terletak pada Surveyor.

afm_000

Saya menghampiri Medic dan memberitahunya saya mahu Surveyor di layan sepatutnya, saya mahu tempatkan nya di bilik berseorangan atau pun yang mampu memberi keselesaan. Yang akhirnya melihat persetujuan di capai. Sebenarnya bukan senang, perancangan berbulan awal dan di kepala batu saya terletak pelbagai perkara merimaskan yang mesti difikirkan dan diselesaikan dan ini baru permulaan bagi kapal ini, belum lagi berpuluh kapal yang lain. Perkara sebegini jangan diungkit ‘I am Jack of all trades’.

Alhamdulillah, segalanya berjalan baik dan survey berlaku dengan lancar serta berjaya untuk dapatkan extension.  Kapal ini adalah sebuah ‘working and maintenance barge’ di mana mampu menempatkan hampir 200 orang dalam suatu masa.

Sebelah malam pula adalah aktiviti memancing, dan sebenarnya membawa peralatan memancing serta aktiviti memancing ikan adalah di larang sama sekali di platform. Namun falsafah saya seawal kadet lagi, ‘rules are meant to be broken’ dan falsafah ini dibawa hingga ke tua.

sdc10390.

Setelah 3 hari ‘bercuti’ dan tiba masa untuk pulang, kami bertolak pada jam lebih kurang 10 malam, di mana sebelum pulang sempat bersalam dan berbual dengan Medic. Pulang dengan menaiki crew boat yang sama, bersama saya berkilo ikan segar dan berkilo ikan yang di’masin’ kan, sempat juga sedekah kan pada crew di boat yang dinaiki.

Pulau Tenggol di waktu pagi

Pulau Tenggol di waktu pagi

Dengan cuaca yang baik serta keadaan laut yang tenang, kami sampai di Pengkalan pada pukul lebih kurang 10 pagi.

About author

Related articles

2 Comments

  1. sha April 13, at 16:05

    lamanya masa perjalanan tak mabuk ke, maklum aje dah lama tak belayar.<br />cool down sikit jgn cpt sgt nak angin.<br /><br />All the best.

    Reply
  2. Jack April 16, at 21:08

    Mana ada naik angin... I naik kapal.

    Reply

Leave a Reply