Minimum Viable Product

December 1, 2013 2 Comments Bisnes 636 Views

Lean Startup

MVP atau sebutan penuhnya Minimum Viable Product, dalam bahasa Melayu nya boleh lah disebut produk yang berdaya minima. MVP bukanlah merujuk secara langsung kepada produk tetapi lebih kepada konsep. Iaitu strategi dan proses sebelum sesuatu produk itu memenuhi kehendak pengguna.

Konsep MVP ini dipopularkan oleh Eric Ries di dalam bukunya ‘The Lean Startup – How today’s Entrepreneurs Use Continuous Innovation to Create Radically Successful Businesses’.

Keseluruhan idea atau matlamat MVP ini adalah untuk mengurangkan kos pengeluaran produk sesebuah startup. Andai kata produk itu tidak berdaya maju selepas itu, kegagalan tidak dibayar dengan harga yang mahal.

Contoh yang terbaik adalah bila anda melihat orang yang berniaga kuih-kuih atau kek dari rumah. Mereka bermula dengan kos yang sangat rendah, kadang-kadang hanya satu jenis produk. Permulaan promosi sekadar jiran, rakan online dan offline serta diletakkan di kedai-kedai berhampiran tempat tinggal. Penambahbaikan serta variasi produk ditambah selepas mendapat input dan permintaan dari para pelanggan.

Selepas mula mendapat permintaan tinggi dan tak menang tangan, barulah kedai sebenar dibuka dan pekerja diambil. Malah ada yang buka kilang dengan mesin yang canggih.

Antara langkah penting di dalam melakasanakan MVP bolehlah dirungkai seperti di bawah:

  1. Hanya fokus pada perlaksanaan mudah sesuatu idea.
  2. Mulakan dengan rangka atau teras yang minima untuk membentuk ciri-ciri produk.
  3. Keluar dan pasarkan serta dengar maklumbalas pelanggan.

 

Proses seterusnya adalah penambahbaikan produk melalui input-input dari pelanggan.

Antara faedah yang boleh diperolehi dari mempraktikkan MVP adalah

  1. Kos permulaan sesuatu projek dapat diminimakan.
  2. Membantu para usahawan atau pereka cipta mempelajari lebih cepat kehendak pasaran.
  3. Proses pembelajaran dan penambahbaikan yang berterusan.
  4. Menguji pasaran sama ada produk mendapat sambutan atau tidak.
  5. Mewujudkan para pelanggan yang setia malah mereka adalah sebahagian dari kejayaan produk tersebut.

 

Lean Startup

Eric Ries di dalam bukunya ‘The Lean Startup – How today’s Entrepreneurs Use Continuous Innovation to Create Radically Successful Businesses’ mencedok idea daripada Lean Manufacturing – satu sistem yang didasarkan daripada falsafah pengur­usan pembuatan Toyota Production System (TPS).

3 aktiviti asas dalam kaedah Lean Startup adalah bina, ukur dan belajar.

Lean_startup_methodology_diagram

Sesebuah startup dapat mencapai kejayaan yang tinggi dengan mula membina dan kemudian memasarkan MVP mereka seawal penubuhan sesebuah startup. Produk MVP ini akan menjadi kayu pengukur kepada setiap aktiviti startup mereka.

Secara tak langsung proses pembangunan, pemasaran dan pembetulan atau baik pulih sesuatu produk berjalan dari awal lagi seiring dengan fasa perniagaan.

Proses pembelajaran juga menjadi begitu pantas sehingga kesempurnaan produk dan kejayaan dapat dicapai.

About author

Related articles

2 Comments

  1. dzahir December 03, at 15:53

    Wow..menarik ni.. boleh belajar :)

    Reply
  2. adly September 19, at 12:20

    dalam sedar tak sedar saya sebenarnya sudah memulaakn MVP saya dalam usaha saya untuk bangkit balik sebagai seorang usahawan setelah jatuh terguling dengan kegagalan dalambisnes terdahulu,now saya bermula secara kecil-kecilan dengan kos operasi yang paling minimum!

    Reply

Leave a Reply