Menukar alamat IP kepada Nama Domain

September 9, 2015 0 Comments Server 895 Views
Menukar alamat IP kepada Nama Domain

Pada 3 bahagian sebelum ini, segala proses pemasangan laman wordpress hanya menggunakan alamat IP yang telah ditetapkan oleh Digital Ocean.

Anda boleh lawati langkah-langkah pemasangan web server untuk wordpress di sini.

Bah. 1 – Tetapan untuk Menjadikan Web Server Lebih Selamat
Bah. 2 – Pemasangan Nginx, MySQL dan PHP
Bah. 3 – Memasang WordPress pada Server Nginx

Untuk proses menukar alamat IP kepada nama domain, sila pastikan anda membeli domain terlebih dahulu di Namecheap atau Godaddy. Pendekatan memasang wordpress terlebih dahulu (dengan menggunakan hanya alamat IP) adalah lebih baik kerana sesuatu laman web dapat disempurnakan (theme, plugin, dan sedikit pengubahsuaian) sebelum di release kan kepada umum.

Dalam tutorial ini saya akan menggunakan Godaddy. Log masuk ke dalam Godaddy dan pergi ke My Account.

Di sana cari menu Domain dan klik manage, seperti dalam gambar di bawah.

Godaddy

 

Kemudian anda akan di bawa ke window baru, dimana terdapat senarai domain milik anda. Klik pada nama domain yang anda ingin guna pada WordPress.

Godaddy-0

 

Sekali lagi window baru akan terbuka dan kali ini pada barisan menu yang tertulis Nameserver. Klik pautan Manage di bawahnya, seperti dalam gambar.

godaddy-1

Di sini pop up baru akan terhasil, klik pada pautan ‘EDIT NAMESERVER’ yang terletak di atas kanan kotak.

godaddy-2

 

Gantikan nameserver Godaddy kepada Nameserver Digital Ocean iaitu:

NS1.DIGITALOCEAN.COM
NS2.DIGITALOCEAN.COM
NS3.DIGITALOCEAN.COM

godaddy-3

(Jika hanya terdapat 2 kotak sahaja untuk diisi. Apa yang perlu dilakukan adalah klik ‘OK’ dahulu, kemudian kembali ke langkah klik pautan Manage pada menu Nameserver. Pop up akan keluar seperti sebelumnya tetapi kali ini hanya klik pada ‘Add Nameserver)

 

Selesai langkah di atas, kini masa untuk log masuk ke akaun Digital Ocean pula.

Pergi ke barisan menu di atas sebelah kiri laman, klik DNS untuk masuk.

 

DO-DNS

 

Kemudian itu klik pada Choose a droplet, alamat IP akan keluar secara automatik.

DO-DNS-0

 

Masukkan nama domain anda seperi di dalam gambar. Kemudian klik butang biru ‘Create Record‘.

DO-DNS-1

Digital Ocean akan menunjukkan notis bahawa domain anda telah berjaya di tetapkan dengan nameserver mereka serta tetapan nameserver akan dilakukan secara automatik.

DO-DNS-3

Anda juga boleh menambah rekod untuk A, CName, MX dan Txt, dengan klik pada butang-butang di atas seperti gambar di bawah.

DO-DNS-5

Berikut adalah tetapan ringkas yang perlu ada pada sesebuah laman web. (Perhatikan terdapat tanda noktah . pada setiap akhiran untuk rekod CNAME – cth:   azriyusof.com. )

DO-DNS-6

 

Setelah selesai memasukkan rekod di atas. Kini anda harus kembali ke dalam program PuTTY, taip.

cd /etc/nginx/sites-available

selepas itu edit kembali fail konfigurasi laman yang pernah dibina sebelum ini.

sudo nano azriyusof.com 

Apa yang perlu anda tukar adalah sedikit pernyataan di bawah 

server {
        server_name azriyusof.com www.azriyusof.com;
 
Mkdir3

Contoh pindaan pada server name

Tekan kekunci Ctrl+X dan Y selepas itu untuk simpan.

Restart kembali Nginx.

sudo service nginx restart

 

Selesai.

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply