Menggunakan DNS AWS Route 53 untuk Domain

October 8, 2015 1 Comment Cloud Computing , Domain dan Web 766 Views
Menggunakan DNS AWS Route 53 untuk Domain

Setiap penyedia perkhidmatan yang menyewa nama domain seperti Godaddy dan Namecheap ada menyediakan perkhidmatan DNS (Domain Name System). Bagi pelanggan Godaddy, mereka akan menikmati perkhidmatan ini jika memiliki pakej hosting dengan mereka.

DNS adalah sebuah server (komputer pelayan) yang menterjemahkan nama domain kepada nombor IP, ia juga menyimpan senarai domain dan nombor IP ini. Apabila pengguna menaip nama sesuatu laman web (contoh azriyusof.com) pada browser mereka.

Pemilik domain tidak semestinya menyimpan set rekod domain mereka dengan penyedia perkhidmatan domain yang mereka beli. Boleh sahaja menggunakan perkhidmatan DNS pihak ketiga.

Komputer dan juga router akan mencari jika terdapat rekod sebelum ini, kalau terdapat rekod, laman web itu akan terus dipaparkan. Namun jika tiada rekod, DNS akan memainkan peranan melalui beberapa proses sehinggalah bertemu dengan server yang memegang nombor ip untuk nama domain azriyusof.com itu. Anda boleh melihat ilustrasi menarik bagaimana DNS berfungsi di https://howdns.works

Sesiapa sahaja yang mempunyai server mampu memasang DNS pada server mereka dengan menggunakan program seperti BIND. Hanya ciri-ciri asas terdapat pada program seperti bind dan juga yang dimiliki penyedia hosting. Untuk mendapatkan DNS yang sebenar-benarnya bersifat premium, mampu melakukan load balancing, dynamic DNS, remote access, analisis dan bermacam-macam lagi. penyedia perkhidmatan seperi Dyn.com, nsone.net, noip.com dan semestinya AWS Route 53 adalah contoh terbaik.

Pemilik domain tidak semestinya menyimpan rekod domain mereka (A, CNAME, MX, txt) dengan penyedia perkhidmatan domain yang mereka beli atau hosting dimana laman web mereka ditempatkan (melakukan addon domain atau transfer domain). Boleh sahaja menggunakan pihak ketiga seperti contoh di atas.

 

Kelebihan menggunakan AWS Route 53

DNS adalah pintu gerbang, perkara pertama yang pengguna lakukan adalah menaip nama domain anda di browser, jadi DNS adalah checkpoint pertama yang harus dilalui. 

Amazon web service mempunyai infrastruktur di seluruh dunia, setiap permintaan oleh pengguna akan diambil daripada server dns yang terdekat seterusnya memendekkan masa capaian. 

Dengan bilangan server yang banyak di seluruh dunia, (setiap rekod diduplikasi) masalah seperti server down adalah mustahil. Jadi uptime 100% sepanjang masa. 

Uptime yang hampir 100% memberi manfaat untuk penerimaan dan penghantaran email (email yang dihantar atau diterima akan melihat rekod mx (mail exchange) untuk memastikan ia adalah alamat domain dan nombor IP yang betul). 

Selain itu seperti dinyatakan sebelum ini iaitu dynamic DNS (untuk in house server anda sendiri, remote access) load balancing, digunakan bersama perkhidmatan amazon yang lain seperti S3 dan EC2 serta amat sesuai untuk startup.

 

Melakukan tetapan pada AWS Route 53

Anda haruslah mempunyai akaun AWS di https://aws.amazon.com dan mempunyai domain di Godaddy, namecheap, bluehost atau sebagainya (dalam tutorial ini Godaddy akan digunakan). 

1.Login ke dalam AWS console anda, kemudian pilih servis dengan pergi ke ikon Route 53.

AWS Service

2. Pergi ke menu Hosted zones.

Hosted zone menu

3. Klik butang ‘Create Hosted Zone‘ yang berwarna biru seperti di bawah.

Hosted zone menu 2

4. Kemudian, di sebelah kanan akan kelihatan ruang create hosted zone. Masukkan nama domain dan juga comment – tujuan domain ini. Untuk Type pula pilih Puclic Hosted Zone.  Kemudian klik butang Create terletak di bawah sekali.

create hosted zone

5. Rekod nameserver atau NS akan kelihatan di sebelah kiri ruang. Rekod ini akan dimasukkan di Godaddy selepas ini.

6. Login ke akaun Godaddy anda. Kemudian pergi ke Domains, klik pada butang Manage.

7. Pilih domain yang ingin dipindahkan rekodnya ke Route 53 dengan klik padanya.

godaddy2

 

8. Di bahagian Setting, pilih Nameserver dan klik pada butang Manage

godaddy3

9. Seterusnya klik pada butang Edit Nameserver dan mula copy rekod daripada Route 53 ke sini (pastikan anda hilangkan tanda (.) di bahagian akhir nameserver yang anda copy).

godaddy4

10. Selesai semunya klik Save. Berikut adalah rekod Nameserver yang telah diubah seperti yang terdapat pada AWS Route 53. 

godaddy5

11. Kini anda boleh kembali ke AWS Route 53 untuk tetapan seterusnya. Rekod-rekod lain seperti MX, txt, CNAME, dan Sender Policy Framework (SPF) boleh dipilih melalui menu Type seperti di bawah.

various record

 

11. Untuk memasukkan rekod baru, klik pada butang ‘Create Record Set’.

create record menu

13. Berikut contoh rekod MX dimasukkan, iaitu tetapan emel menggunakan Mail Exchange – Google for Business. Klik butang Create di bawah setelah rekod dimasukkan. Tetapan Routing Policy dibiarkan ‘Simple‘, untuk pilihan lain sekiranya anda menggunakan EC2 – Virtual Private Cloud (VPC).

create record mx 

14. Berikut adalah contoh rekod MX (Mail Exchange) yang telah berjaya.

hosted record create

15. Yang paling penting sekali adalah untuk anda create rekod untuk IP seperti di bawah iaitu A record. Pilih A – IPv4 address dan masukkan nombor IP pada ruang Value. Rekod ini adalah gandingan nama domain bersama IP. Tanpa ini, nama domain yang ditaip tidak akan membawa pengguna ke laman web yang sepatutnya.

create record ip

Berikut adalah contoh beberapa rekod yang telah dimasukkan.

Complete Record

Sila benarkan 24 jam untuk server DNS melakukan perubahan dan sebarkan ke seluruh internet set-set rekod yang baru dipindahkan ke Route 53. 

About author

Related articles

1 Comment

  1. Hasrul Wayne October 22, at 02:42

    Terima kasih penerangan dan tutorial ini. Sangat jelas. Tuan pernah cuba dengan domain Malaysia penyedia Mynic? Ada panduan boleh diikut?

    Reply

Leave a Reply