Membuka Akaun di Digital Ocean

September 3, 2015 0 Comments Server 555 Views
Membuka Akaun di Digital Ocean

Jika anda sudah lama mempunyai shared hosting berbayar di Godaddy, bluehost, hostgator dan sebagainya. Mungkin anda akan merasai kekurangan dan kekangan bila ingin memasang software, plugin atau skrip yang memerlukan beberapa sekatan dibuka ditahap server.

Juga kerap kali bila laman web sukar dibuka (server down) atau perlahan. Ketika itulah anda mungkin ingin beralih kepada VPS (Virtual Private Server). Untuk beralih kepada yang lebih besar seperti dedicated server agak mahal. Jadi VPS adalah pilihan yang baik untuk situasi-situsasi di atas.

Pemilihan VPS juga penting kerana ia bergantung pada hardware yang penyedia perkhidmatan gunakan. Jika yang terlalu murah namun speksifikasi nya agak tinggi, 4GB RAM, 4 CPU, 150 GB HDD hanya US$99 setahun, sebaiknya anda jauhi, takut nanti indah khabar dari rupa.

Pilihlah yang mana mempunyai reputasi dan orang lain memberi review yang baik pada servis serta khidmat sokongan yang penyedia VPS berikan.

Terdapat beberapa penyedia low-end VPS yang baik antara nya Linode, Ramnode dan Digital Ocean. Di sini saya akan berikan info berkaitan pendaftaran di Digital Ocean dan pemilihan distro Linux (Linux distribution) sebagai persediaan.

Seperti di artikel yang lepas, proses pendaftaran di Digital Ocean adalah yang paling mudah. Caranya:

 

1) Daftar di laman web mereka di Digital Ocean

 

2) Taipkan nama dan emel anda, pastikan emel anda betul untuk tujuan pengesahan dan pastikan emel yang anda rasa sesuai (jika anda ada 2, 3 atau banyak emel) kerana username, password database dan alamat ip server akan dihantar ke alamat emel anda kelak.

G1_DO_1

 

3) Anda akan di bawa ke laman seterusnya, di mana anda wajib membuat pengesahan emel.

G2

4) Di sini saya menggunakan Gmail. Terdapat 2 emel yang telah dihantar oleh Digital Ocean. Salah satu nya memberitahu bahawa saya mendapat kredit percuma US$10 untuk menggunakan VPS mereka nanti.

G3

 

 

5) Buka emel ‘DigitalOcean – Please confirm your email address’ dan klik pada pautan yang diberi. 

G3.1

 

 

6) Setelah anda klik pada pautan tadi, anda akan di bawa ke laman web mereka kembali. Kali ini mereka meminta masukkan pula maklumat pembayaran.

G4

 

 

7) Terdapat 2 pilihan, sama ada ingin membayar secara langusng dengan kredit kad atau menggunakan perantaraan Paypal. Di sini saya memilih Paypal dengan bayaran US$5. Maklumat pembayaran Ini bertujuan untuk mengesahkan individu itu wujud dan tiada duplikasi akaun bagi mengelakkan penipuan.

 

G5

8) Saya akan dibawa ke laman Paypal untuk meneruskan proses pembayaran ini. Untuk yang mempunyai akaun Paypal, bolehlah membayar dengan login seperti di dalam ruangan (1).

Jika tidak mempunyai akaun Paypal, boleh lah pergi ke ruangan (2) dan mengisi nama, emel, alamat dan maklumat kad kredit.

Anda juga boleh memiliki akaun Paypal, dengan membuat pilihan (terdapat kotak kecil untuk anda tanda – check) di bawah borang nanti. Terdapat juga pilihan untuk mengisi sendiri butiran bayaran (highlight kuning) di ruangan “Your Order Summary – Description”, jika mahu disimpan sebagai rekod perniagaan.

Paypal adalah platform pihak ke-3 bagi menguruskan pembayaran anda. Anda juga boleh gunakan kad debit (Maybankard, bank lain) atau kad kredit. Fungsinya sama seperti NetPay atau MOLPay di Malaysia.

G6_DO_6

 

 

9) Selesai semua urusan di Paypal, anda akan dibawa kembali ke laman Digital Ocean.

G7_DO_1

10) Di sini anda akan dapat lihat bayaran US$5 tadi sudah dimasukkan ke dalam akaun Digital Ocean.

G8

 

 

dan jika anda scroll hingga ke bawah laman, anda akan lihat maklumat lebih terperinci

G9

Andai kata setelah bayaran dibuat dan laman yang sama (setelah selesai urusan di Paypal, dan anda di redirect) suruh anda masukkan butiran bayaran sekali lagi. Tidak mengapa, anda hanya perlu refresh laman tersebut kerana mungkin pembayaran anda belum lagi dikemas kini.

 

11) Jika anda rasa semua langkah di atas sudah selesai, dan bayaran sudah pun dilakukan. Terus sahaja mulakan membina server anda dengan klik pada menu (terletak di atas laman) yang bertajuk ‘Droplets’. Droplet adalah istilah rekaan Digital Ocean untuk virtual server. Boleh lah dibaca ‘Create your first Virtual Server!’. Kini anda boleh mula membina server dengan klik pada butang “Create Droplet”.

G10

 

 

12) Masukkan nama bagi Virtual Server anda ia akan menjadi hostname. Di sini saya masukkan nama AzriYusof anda boleh masukkan nama seperti server, server1, atau apa-apa nama rekaan, nama ini boleh ditukar. Saya akan tunjukkan dalam tutorial yang lain untuk menukar nama host. 

G11_DO_1

 

 

13) Kemudian pilih size server yang anda ingin kan, terdapat banyak dari bersaiz kecil hinggalah besar. Saya memilih 1GB RAM, 1 CPU, 30GB SSD Disk dan 2TB Transfer.

G11_DO-2

 

 

14) Pilih region atau kawasan pusat data (dimana segala server, peralatan, sambungan adalah dari kawasan ini) sebaiknya yang dekat dengan Malaysia. Supaya data yang diminta pengunjung lebih mudah dan cepat sampai. Lambat web menjadi semakin laju, jika ianya adalah web server.

G12_DO_1

 

 

15) Seterusnya pilih Sistem Operasi Linux yang anda inginkan, di sini saya memilih Ubuntu 14.04 versi 64 bit.

G13_DO_1

 

Terdapat juga aplikasi yang siap pasang secara bundle, anda boleh lihat dengan klik pada tab – Applications. Ini cara mudah untuk anda memasang wordpress atau perisian lain..

G14_DO_1

 

 

16) Seterusnya pilihan (optional) sama ada anda ingin menggunakan password atau menggunakan SSH Keys untuk berkomunikasi dengan server kelak. Untuk menggunakan SSH Key (dimana ianya lebih selamat dan memudahkan), sila ikuti tutorial di sini.

G16

Berikut adalah detail virtual server (droplet) yang telah dipilih.

G14_DO_2

17) Akhir sekali klik butang Create Droplet dan tunggu emel dari Digital Ocean di mana mereka akan memberi maklumat berkaitan Username, password (jika tidak menggunakan SSH Key) dan juga alamat IP. Anda gunakan nanti untuk berkomunikasi melalui PuTTY.

 

G17-Edited

 

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply