Memasang Outgoing Emel pada WordPress

September 15, 2015 0 Comments Domain dan Web , Server 826 Views
Memasang Outgoing Emel pada WordPress

Pada artikel Memasang WordPress pada Nginx yang lalu, jika anda perasan terdapat ralat pada pemasangan wordpress dimana Username dan Password tidak dapat dihantar kepada emel yang telah kita tetapkan.

Ini kerana program sendmail atau postfix tidak dipasang pada server sebelum itu. Saya memilih untuk tidak memasang program ini kerana tidak mahu server mengguna sumber yang ada untuk sistem emel. Jadi platform 3rd party akan digunakan.

W-cli2

 

Di sini saya memilih Zoho.com dan menggunakan sistem emel mereka yang boleh didapati secara percuma di sini https://www.zoho.com/mail/

Anda juga boleh menggunakan Gmail, Yahoo mail atau Live mail. Tetapi anda tidak dapat menggunakan nama domain anda sebagai alamat emel contoh admin@azriyusof.com. Di sini lah kelebihan zoho kerana anda boleh menggunakan alamat domain anda untuk emel. Caranya:

 

Sila lawati https://www.zoho.com/mail/zohomail-pricing.html untuk mendaftar plan percuma.

e1

 

 

Masukkan nama domain anda kemudian klik ‘Add Domain‘.

e2

 

Kemudian isikan berikut dengan butiran anda.

e3

 

Arahan seterusnya amat panjang dan anda perlu melalui proses verifikasi domain serta tetapan MX record pada Domain Name System (DNS). Anda boleh ikuti tutorial penuh di sini https://www.zoho.com/mail/help/email-hosting-with-zoho.html  

 

Setelah selesai semuanya di atas. Kini log in ke dalam ruangan pentadbiran wordpress anda http://namadomain.com/wp-admin

Pergi ke menu Plugins > Add New

w1

 

Kemudian taip WP-Mail-SMTP di ruangan Search Plugins seperti gambar di bawah.

w2

 

Mula pasangkan plugin ini dan ‘Activate Plugin’ bila pemasangan selesai.

w3

 

Selepas itu pergi ke menu Settings > Email pula.

w4

 

Masukkan butiran emel seperti yang telah didaftarkan pada Zoho.com. Lakukan tetapan sama seperti di bawah – Mailer, SMTP host, port dan SSL serta Authentication. Klik ‘Save Changes‘ apabila selesai.

w5

 

 

Tetapan anda sudah pun selesai. Anda atau sistem wordpress kini boleh menghantar emel secara manual atau automatik (jika ada orang mengisi borang contact, mendaftar atau membuat pembelian). Sila test dengan menghantar emel pada diri sendiri.

w6

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply