Logo Bisnes Internet

March 7, 2013 0 Comments Bisnes 360 Views

Sebagai seorang usahawan internet, anda perlu sentiasa memikirkan cara untuk mengukuhkan penjenamaan diri dan bisnes internet anda. Salah satu cara adalah untuk memiliki logo syarikat atau bisnes yang khusus bagi menggambarkan diri dan bisnes anda. Anda boleh mereka sendiri logo ini, ataupun mengupah pereka grafik untuk menghasilkan logo untuk bisnes internet anda.

Mari kita lihat bagaimana penggunaan logo boleh membantu dalam proses penjenamaan untuk seseorang usahawan internet seperti anda.

1. Representasi visual yang kukuh

Dengan mempunyai logo sendiri, anda sebenarnya memberikan representasi visual yang kukuh terhadap bisnes internet yang anda jalankan. Berbanding sekiranya anda memperkenalkan sebuah perniagaan internet berbentuk jenama, seperti “Khidmat Suntingan Ahmad”, prospek pelanggan kurang menyedari kehadiran anda di persada bisnes internet melainkan perniagaan internet tersebut berbentuk visual yang mempunyai logo berserta perkataan. Ini sudah tentu akan meningkatkan representasi yang kukuh bagi sesebuah bisnes internet.

2. Menggambarkan diri dan bisnes anda

Sesebuah logo menggambarkan bisnes internet dan pemilik bisnes itu sendiri. Dalam sesetengah keadaan, logo menyampaikan mesej yang tersendiri yang terselit di dalam logo tersebut. Sebagai contoh, sesebuah bisnes internet yang menjual produk digital boleh menggunakan logo berbentuk VCD bagi mengukuhkan lagi penjenamaan perniagaannya. Dalam situasi ini, logo tersebut menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa pemilik logo tersebut menjalankan perniagaan produk digital. Dalam situasi lain, kata-kata yang terkandung di dalam logo tersebut juga boleh menyampaikan mesej sesebuah perniagaan internet. Sebagai contoh, kata-kata seperti ‘Pantas! Tuntas!’ menggambarkan bahawa pemilik logo tersebut menjalankan perniagaan penghantaran barang dengan pantas dan teratur.

3. Kuasa logo ke atas pelanggan

Secara psikologinya, seseorang pelanggan akan lebih mudah terdorong untuk membuat pembelian daripada penjual yang mempunyai logo. Ini adalah kerana, pelanggan lebih mudah percaya sekiranya seseorang penjual mempunyai logo, penjenamaan beliau adalah lebih baik dan pada dasarnya, lebih berkualiti tinggi berbanding seorang penjual yang tidak mempunyai logo. Pada pendapat mereka, penjual tersebut telah melaburkan wang yang banyak untuk tujuan penjenamaan mereka, seperti teknologi Apple Inc. minuman Coca Cola dan beras Basmathi. Jadi penjual tersebut sudah tentu lebih kukuh, lantas pelanggan akan membeli daripada penjual-penjual ini.

4. Impresi pertama yang baik

Penggunaan logo juga merupakan impresi pertama yang baik terhadap propsek pelanggan anda. Bayangkan sekiranya anda dan beberapa orang rakan berada di dalam satu majlis networking. Masing-masing bertukar kad bisnes dan cuma anda seorang yang mempunyai logo yang tertera di atas kad bisnes itu tadi, sedangkan kad bisnes yang lain cuma mempunyai teks tanpa grafik. Apabila majlis sudah bersurai, sudah tentu anda akan lebih mudah diingati berbanding rakan-rakan lain yang tidak mempunyai logo di atas kad bisnes mereka. Ini adalah kerana logo berupaya menyebabkan impresi pertama yang baik dan mungkin memikat hati prospek pelanggan untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan daripada anda.

5.  Faktor menonjol yang positif

Ada kalanya nama sesebuah perniagaan agak sukar untuk disebut atau diingati. Sekali sebut atau dieja kepada prospek pelanggan, mereka mengambil masa yang agak lama untuk mengingati semula  nama perniagaan tersebut. Namun, sekiranya anda menguatkan nama perniagaan tersebut dengan sebuah logo, logo ini semestinya bertindak sebagai faktor menonjol yang positif untuk bisnes internet anda. Lebih besar kemungkinan bagi mereka untuk menghubungi anda untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

6. Penjenamaan untuk tujuan jualan

Akhir sekali, sebaik logo tersebut berjaya dikaitkan dengan sesebuah perniagaan internet, ia sebenarnya merupakan salah satu faktor utama yang membolehkan pemiliknya menjual penjenamaan bisnes internet ini kepada prospek pembeli yang berminat. Oleh kerana logo itu tadi termasuk di dalam pakej penjenamaan perniagaan, sekali dengan nama perniagaan, motto dan warna perniagaan dan sebagainya, ia dapat meningkatkan nilai sesebuah bisnes internet sekiranya pemilik perniagaan tersebut bercadang untuk menjual penjenamaan perniagaan tersebut kepada pihak ketiga pada suatu hari nanti.

Ya, di peringkat ini anda mungkin sudah teruja untuk memikirkan logo yang sesuai untuk bisnes internet anda. Selamat mencuba!

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply