Jom Mula Bisnes Internet

February 23, 2013 1 Comment Bisnes 467 Views

Sehingga hari ini, ramai yang sudah mampu menjana wang melalui bisnes internet. Sekiranya anda baru memasang niat untuk menjalankan perniagaan melalui internet tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula, artikel ringkas ini mungkin boleh membantu anda.

Artikel ini akan membincangkan tips-tips untuk memulakan bisnes internet anda sendiri.

1. Belajar mengenai bisnes internet

Seperti ungkapan yang biasa kita dengar, ‘laburlah dalam diri sendiri’. Ini bererti, anda mesti rajin belajar mengenai bisnes internet, sebaik-baiknya daripada perkara-perkara asas seperti apakah itu bisnes internet, kepada kemahiran-kemahiran khusus seseorang usahawan internet seperti penghasilan produk dan kaedah promosi yang berkesan. Anda boleh membaca maklumat percuma di internet, membeli buku-buku yang berkaitan, menyertai kursus dan bengkel bisnes internet, belajar daripada otai-otai dan pelbagai kaedah pembelajaran yang lain. Apabila sudah mempunyai ilmu bisnes internet, lebih mudah untuk anda memulakan perniagaan anda sendiri.

2. Pilih model perniagaan yang sesuai

Seterusnya, anda perlu memilih model bisnes internet yang sesuai dengan minat dan diri anda. Anda senaraikan kelebihan dan kemahiran diri, dan sesuaikan dengan beberapa model bisnes internet yang ada. Sudah tentu terdapat beberapa pilihan model bisnes internet, namun anda disarankan untuk memilih satu model perniagaan terlebih dahulu bagi menguji kesesuaiannya dengan minat diri sendiri.

Sebagai contoh, anda mempunyai kemahiran rekaan grafik menggunakan Photoshop. Anda boleh memilih untuk memulakan perniagaan penyediaan perkhidmatan rekaan grafik di internet. Ataupun anda rajin menulis, anda boleh menulis ebook dan menjual ebook ini sebagai produk digital.

3. Kaji prospek pelanggan

Anda juga perlu mengkaji kehendak dan keperluan prospek pelanggan. Sekiranya anda ingin menyediakan perkhidmatan rekaan grafik, siapakah prospek pelanggan anda, apakah jenis grafik yang mereka perlukan, bilakah tempoh masa mereka akan gunakan grafik tersebut dan berapakah jumlah wang yang mereka sanggup laburkan untuk mendapatkan grafik tersebut.

Setelah mengkaji persoalan-persoalan ini, bolehlah anda menyediakan profail dan portfolio bisnes untuk diberikan kepada prospek pelanggan. Hasil daripada kajian tadi, portfolio anda akan lebih menarik minat pelanggan kerana ia besar kemungkinan memenuhi kehendak dak keperluan mereka.

4. Pemasaran yang efektif

Selanjutnya, anda perlu fokus kepada salah satu aspek terpenting dalam bisnes internet iaitu pemasaran. Tanpa strategi pemasaran yang baik, anda mungkin tidak dapat menghasilkan walau satu jualan kerana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan tidak sampai ke pengetahuan prospek pelanggan yang sepatutnya.

Baiklah, anda boleh memilih untuk melakukan pemasaran online sahaja seperti pemasaran emel dan laman web, atau offline sahaja seperti banner dan flyers, atau kedua-duanya sekali. Untuk permulaan, mungkin kerana bajet pemasaran yang terhad, anda boleh fokus untuk pemasaran percuma dahulu, seperti menggunakan media sosial dan forum. Setelah menghasilkan beberapa jualan dan anda mula mempunyai bajet yang lebih, bolehlah anda mula mempromosi dengan kaedah berbayar seperti menyewa ruang berbayar di laman-laman web popular, Facebook ads, promosi offline dan sebagainya.

5. Networking

Anda juga tidak boleh lupa untuk mengembangkan jaringan networking di kalangan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, seperti bisnes internet, rekaan grafik dan sebagainya. Networking ini penting untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan, perkongsian ilmu dan perkara-perkara terbaharu, serta mengenali otai-otai di dalam bidang yang sama. Untuk tujuan ini, anda boleh mulai aktif di forum, Facebook groups, sertai kursus dan seminar, dan sebagainya. Bukan sahaja rakan-rakan mulai mengenali anda dan perniagaan anda, mereka juga boleh berkongsi perkara-perkara terbaharu mengenai bisnes internet di kalangan kumpulan network tersebut.

6. Hasilkan jualan pertama anda

Di peringkat ini, anda mungkin lebih bijak untuk tahu bilakah masa yang paling sesuai untuk ‘close deal’ dengan prospek pelanggan anda. Mungkin ketika anda melakukan pemasaran emel, seorang prospek menunjukkan minat mendalam untuk mendapatkan khidmat rekaan grafik yang ditawarkan. Mungkin juga ketika rakan Facebook anda mulai yakin dengan perkongsian di dinding Facebook tersebut, mereka menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmatan rekaan grafik itu tadi. Dalam apa jua keadaan, anda harus bijak untuk ‘close deal’ bagi menghasilkan jualan.

7. Ulangi tip-tip ini lagi dan lagi

Strategi terakhir adalah untuk mengulangi langkah-langkah yang dibincangkan di sini terhadap sesuatu model bisnes internet yang lain. Besar kemungkinan anda akan beroleh kejayaan seperti mana anda telah berjaya di dalam model perniagaan sebelum ini.

Itulah dia beberapa tips untuk memulakan bisnes internet. Sekiranya anda amalkan tips-tips yang disenaraikan di sini, besar kemungkinan potensi untuk menjana wang akan menanti anda. Selamat mencuba!

About author

Related articles

1 Comment

  1. Liya December 03, at 16:05

    artikal anda sangat menarik.. sila lawati saya kembali artikal terbaru <a href="http://www.mamaharraz.com/2013/11/gla-penawar-kesuburan.html" rel="nofollow">GLA dan kesuburan</a>

    Reply

Leave a Reply