Ghost Platform Blogging Baru

July 12, 2013 0 Comments CMS , Software 472 Views
Ghost Platform Blogging Baru

Ghost adalah sebuah platform blogging yang baru. Ia dibangun hanya untuk satu tujuan iaitu blog.

Dibangun kan oleh John O’Nolan, yang pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua bagi kumpulan pembangunan antaramuka pengguna (user interface – UI) platform WordPress selama 2 tahun dari tahun 2009-2011.

 Ghost Blogging platform

John O’Nolan dan kumpulannya telah berjaya mengumpul dana sejumlah £196,362 (RM 1 Juta) dari orang ramai yang menyokong usaha mereka dan organisasi untuk memulakan projek mereka ini. Anda boleh lihat di sini dana yang telah berjaya dikumpul. Antara organisasi yang turut serta dalam memperkenalkan Ghost adalah WooThemes, envato, Internet Explorer, marketplace.com dan banyak lagi.

Tidak seperti wordpress yang dahulu nya amat sesuai untuk dijadikan platform blog, kini wordpress telah banyak berevolusi dan menjadi platform CMS (Sistem Pengurusan Kandungan) yang sangat berkuasa dan semakin rumit untuk dikendalikan apatah lagi jika anda masih baru. Dengan cabaran pada setiap individu ‘theme/template’ serta pelbagai isu berkaitan sistem dan plugin yang tidak dikemaskini.

Ghost akan meminima kan penggunaan sistem yang rumit serta memasukkan terus plugin-plugin yang popular seperti (Yoast – WordPress SEO) ke dalam teras pembinaan Ghost. Tetapan dan fungsi yang tidak perlu seperti post artikel dangan emel dan tetapan lain yang jarang digunakan di dalam wordpress, tidak akan dimasukkan ke dalam Ghost. 

Untuk Early Birds sila pergi ke https://ghost.org dan mula mendaftar. Anda juga boleh memuat turun Ghost platform blogging baru ini dan pasangkan ke dalam hosting dengan memuat turun di https://ghost.org/download/.

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply