ERP untuk Peniaga Kecil

September 18, 2015 0 Comments Software 968 Views
ERP untuk Peniaga Kecil

ERP adalah singkatan untuk Enterprise Resource Planning. Ia adalah software yang datang sekali dengan modul sumber manusia, penggajian, akaun, projek, stok dan inventori, bil dan invois, procurement, pengurusan pelanggan, laporan serta kawalan akses mengikut peranan pengguna. Manakala definisi peniagaan kecil di sini bermaksud bilangan orang kurang dari 5 dalam organisasi. 

Contoh ERP yang biasa digunakan oleh syarikat-syarikat besar adalah seperti SAP (http://www.sap.com/pc/bp/erp.html) yang datang dengan pilihan modul bergantung pada operasi syarikat. Manakala yang bersaiz kecil adalah seperti KPI.com.

Ia sebuah perisian yang saling melengkapi dan modul-modul di dalamnya saling berhubung. contoh input pelanggan yang dimasukkan ke dalam invois boleh digunakan oleh modul pengurusan pelanggan atau modul akaun. 

Untuk bersambung dengan semua modul ini pula hanya memerlukan satu login masuk. Berbeza jika menggunakan sistem berasingan, contoh satu akaun di waveapps.com untuk akaun, satu akan di aweber.com untuk email, satu akaun di sosinventory.com untuk stok dan inventori. Di mana jika dilihat, menggunakan perisian ERP lebih baik untuk memudahkan proses dan aliran kerja sesebuah perniagaan. 

erp-simple-model

ERP atau CRM

CRM pula adalah singkatan untuk Customer Relationship Management. Perbezaannya adalah ERP fokus pada mengurus syarikat manakala CRM fokusnya pada menguruskan pelanggan. Contoh CRM pula seperti Salesforce dan Infusion.

Di dalam ERP selalunya terdapat juga modul untuk CRM iaitu menguruskan pelanggan, pembekal dan juga prospek perniagaan.

 

Yuran

Untuk menggunakan ERP bukanlah murah, yuran KPI.com sahaja mencecah hampir RM3000 setahun. Manakala CRM seperti Salesforce dan Insfusion boleh mencecah sehingga RM7000 minima.

Kalau dilihat dari sudut duit keluar, yurannya agak tinggi. Namun kalau dilihat dari segi keperluan perniagaan dan penyimpanan data, ERP adalah pilihan yang munasabah lebih lagi perniagaan online dan mengendalikan beberapa cabang perniagaan dan aktiviti-aktiviti melibatkan pembekal, agen dan prospek.

 

Cabaran

Perisian ini tidak mudah digunakan dan memerlukan latihan, kesabaran dan input yang berterusan. Tetapan permulaan seperti pengguna, kebenaran akses, aliran proses perlu dimasukkan dan untuk perakaunan, set akaun baru yang sesuai dengan perniagaan harus diwujudkan.   

Cabaran utama adalah melatih pekerja menggunakannya, serta tindakan selanjutnya yang wajar diambil untuk segala data seperti data pelanggan dan akaun.

Modul yang terlalu banyak memerlukan masa untuk dikendalikan, dan masa adalah suatu yang berharga dimana seorang peniaga tidak mempunyai banyak masa. Membiarkan pekerja mengendalikan akan menyukarkan jejak kerja dan kepincangan laporan kelak.  

Perisian ERP juga di simpan di dalam server dan untuk login masuk memerlukan internet. 

 

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply