Digital Ocean Gergasi Baru VPS

September 1, 2015 0 Comments Server 501 Views
Digital Ocean Gergasi Baru VPS

Digital Ocean adalah penyedia perkhidmatan hosting Virtual Private Server. ditubuhkan pada Jun 2011 dan dalam masa 4 tahun berjaya meletakkan dirinya sebagai gergasi dalam industri VPS ini.

Bermodalkan US$90 juta dari awal penubuhan sehingga tahun 2014 dengan 4 pemodal, dan terbaru tahun ini tambahan sebanyak US$83 juta lagi. Digital Ocean telah berjaya menduduki tempat kedua di belakang Amazon Web Service (AWS) dan berjaya melangkah Rackspace dari sudut jumlah web server seperti diumumkan oleh Netcraft.

Netcraft iaitu sebuah badan penyelidikan dan analisa menggunakan teknik yang dibangunkannya sendiri dalam membuat kajian iaitu mengira jumlah web server  (HTTP) atau Web Facing Computer. Kiraan ini lebih tepat dan dapat menentukan lokasi, sistem operasi dan penyedia hosting yang digunakan. Berbeza dengan kajian yang bersandarkan pada alamat IP, di mana keputusan nya terdapat banyak ralat, terutama dalam menentukan lokasi dan lebih lagi bila alamat IP itu digunakan untuk shared hosting.

Digital Ocean sangat ringkas dan mudah digunakan. Dari proses pendaftaran, pembayaran, memilih pakej hinggalah laman berjaya dibina, ia memberi pengalaman dan persepsi yang mudah berkaitan virtual private server (VPS), sistem operasi berasaskan Linux dan pentadbiran server. Inilah menjadikan Digital Ocean sangat disukai ramai kerana pendekatan simplicity dan straightforward.

Kehadiran mereka juga kena pada masanya dengan sentimen pengguna yang beralih arah daripada hosting biasa kepada cloud computing, begitu juga dengan kematangan pengguna dalam mengendalikan server sendiri dan faktor yang lebih besar adalah pertambahan pembangun-pembangun perisian permainan, perisian mobil dan gajet.

Untuk mendaftar serta merasai sendiri pengalaman memiliki VPS. Boleh lah pergi ke pautan ini – Digital Ocean dan anda akan menerima kredit sebanyak US$10 untuk terus mula menggunakan perkhidmatan mereka tanpa bayar apa-apa dahulu. Cuma terdapat proses pengesahan iaitu anda harus sambungkan ke Paypal untuk membuktikan bahawa anda adalah benar dan mengelakkan penipuan.

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply