Command Line yang Sering Digunakan untuk Sistem Linux

August 31, 2015 0 Comments Server 462 Views
Command Line yang Sering Digunakan untuk Sistem Linux

Berikut adalah command line yang sering digunakan untuk distro Linux (Linus Distribution). Teks yang berwarna merah diubah mengikut kehendak pengguna. Contoh yang digunakan menggunakan root (admin – pentadbir) – azriyusof, ia berubah mengikut root server anda kelak.

  1. ls – digunakan untuk menyenaraikan semua fail dan folder di dalam direktori yang sedang anda lihat.
root@azriyusof:~# ls

 

  1. cd – membolehkan anda untuk bergerak diantara direktori di dalam sistem.
root@azriyusof:~# cd /home/user/

 

  1. cp – perintah ‘copy’ untuk menyalin semula fail dari satu folder ke folder yang lain.
root@azriyusof:~# cp fail /home/user/azri/fail

 

  1. mv – untuk memindah ‘move’ fail ke lokasi baru, lebih kurang sama seperti perintah cp.
root@azriyusof:~# mv fail /home/user/azri/fail

 

  1. rm – digunakan untuk memadam ‘remove’ fail atau direktori
root@azriyusof:~# rm fail

 

  1. mkdir – mewujudkan direktori baru
root@azriyusof:~# mkdir folder

 

  1. nano – ia merupakan sebuah program dan perintah yang penting bertujuan untuk edit fail. Jika anda perlu memasukkan suatu perintah ke dalam fail – contoh file default.conf yang serupa dengan file config.php atau settting.php untuk sesuatu sistem laman web.
root@azriyusof:~# nano /etc/apache2/sites-enabled/000-default.conf

 

  1. sudo – memasukkan command line ini memberikan anda peranan sebagai super user (jika fail itu hanya boleh diubah oleh admin), super user ini juga merupakan root.
root@azriyusof:~# sudo nano /etc/apache2/sites-enabled/000-default.conf

 

  1. Ctrl+Alt+C – ini bukan arahan bertulis tetapi merupakan short-cut jika anda ingin menyalin semula segala teks output pada SSH anda. Tekan secara serentak pada keyboard anda kekuci Ctrl+Alt+C (sama seperti arahan Ctrl+C pada desktop/laptop anda jika mahu menyalin sesuatu teks atau grafik di dalam program)

 

  1. Ctrl+Alt+V – short cut untuk ‘paste’ meletakkan teks output yang telah disalin ‘copy’.

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply