Blade 2

June 9, 2009 0 Comments cerita 386 Views

Kali ini ke Brazil dan berkenalan dengan TRAMONTINA.

Tramontina adalah jenama dari Brazil, ia merangkumi alatan tukang, alatan ‘cutlery’ dan bermacam lagi. Dibawah adalah koleksi saya yang terbaru – Tramontina camping, dengan permukaan berkilat stainless steel blade nya, serrated pada bilah belakang untuk memotong pada permukaan yang keras dan dengan pemegang polyproplyene yang sempurna dipegang pada tangan.

Ia juga datang bersama sarung nylon dengan sarung plastik terbina didalamnya.

Pisau Tramontina adalah pilihan saya jika ingin mengumpul set pisau pemotong bagi kegunaan dapur. Mungkin hadiah untuk si Isteri.

Di bawah pula adalah diving knife yang saya beli ketika berada di Labuan tahun lepas.

Pisau yang berjenama Apache ini belum dicuba sepenuhnya, dibeli kerana berniat untuk mengikuti kursus diving pada awal tahun ini. Namun tidak berkesempatan. Mungkin ditunda ke bulan Julai.

Setiap penyelam terutama penyelam komersil akan membawa pisau bersama mereka. Bertujuan memotong rintangan jika tersangkut pada mereka. Permukaan berjerijinya adalah sangat berkesan untuk memotong tali yang tersangkut.

Saya mengenali seorang penyelam komersil yang terpaksa memotong jari sendiri bagi menyelamatkan diri yang tersangkut ketika melakukan kerja di dalam air.  Dia memang seorang yang ‘strict’ ketika menyelam bersama anak buahnya dan semestinya ‘gila’.

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply