Bagaimana Tinggalkan Komen di Blog untuk Backlink

March 14, 2013 5 Comments SEO 1003 Views
Bagaimana Tinggalkan Komen di Blog untuk Backlink

Meninggalkan komen di blog orang lain adalah salah satu cara untuk membina backlink anda. Kali ini saya akan ceritakan bagaimana untuk meninggalkan komen di blog orang lain untuk tujuan  backlink.

Antara perkara yang perlu diambil kira sebelum meninggalkan komen di blog orang lain adalah.

1. Ambil masa membaca dan fahami entry blog
Anda perlu mengambil sedikit masa membaca apa yang ditulis. Komen mestilah berhubung kait dengan apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Jangan meninggalkan komen sekadar untuk buat backlink kerana bukan sahaja tidak ikhlas malah anda adalah SPAMMER.

2. Dofollow Backlink
Enjin carian akan mengimbas seluruh kandungan, imej, link dan sebagainya. Jika pengimbas (web crawler) ini jumpa sesuatu link yang menggunakan attribute Dofollow. Pengimbas ini akan mengikuti link itu dan singgah ke laman web itu.

3. Nofollow Backlink
Manakala jika pengimbas (web crawler) ini jumpa sesuatu link yang menggunakan attribute Nofollow. Pengimbas ini akan biarkan sahaja link tersebut tanpa tindakan. attribute Nofollow digunakan untuk laman web yang anda fikirkan tidak relevan atau setanding atau laman web yang was-was. Namun link yang anda tinggalkan walaupun dengan menggunakan Nofollow mampu juga meningkatkan SERP laman web anda.

4. Link yang berhubung kait
Sebaiknya jika anda ingin tinggalkan link anda, biarlah anda pautkan ke entri anda yang berkaitan dengan artikel blog yang sedang anda baca. Contohnya, jika artikel blog itu menceritakan tentang ‘Resepi  dan Cara Membuat Durian Crepe’, janganlah anda pautkan pada entri berkaitan ‘Peperangan di Lahad Datu’ pula.

5. Sumber
Pastikan anda meninggalkan komen di blog atau laman web yang mempunyai reputasi yang baik oleh enjin carian. Jika anda memautkan link anda pada blog yang ‘happening’, ramai pembaca ia akan memberi anda backlink yang sangat baik dan mampu meningkatkan page rank anda. Gunakan code attribute Dofollow atau sekadar code biasa.
Namun jika anda ingin meninggalkan komen pada blog atau laman web yang anda fikirkan tidak setanding atau nampak was-was. Gunakan attribute Nofollow

Nombor 2 hingga 5 memainkan peranan untuk enjin carian mengimbas sesuatu link dan seterusnya memberi impak pada laman web anda.

Sekarang mari lihat, bagaimana untuk komen:

1. Tinggalkan Nama
Terdapat borang yang perlu diisi sebelum anda menghantar sesuatu komen pada blog atau laman web. Jangan gunakan ‘anonymous’, sebaiknya Isikan nama atau nama samaran anda.

2. Pautan dengan Anchor Text
Meninggalkan kan link bukan sahaja sekadar membawa pelawat ke laman ‘Home’ anda. Sebaiknya pautkan ke entri post yang terbaru dan berkaitan dengan menggunakan Anchor text seperti contoh:

sila baca entry terbaru Bagaimana Tinggalkan Komen di Blog untuk Backlink

Contoh komen blog dengan syntax untuk anda gunakan:

Komen Blog yang biasa

[pre]Saya memang sangat setuju dengan point no.2 tu.
Sila lawat entri terbaru blog: Perkhidmatan Pelanggan Bisnes Internet[/pre]

Komen Blog dengan Dofollow

[pre]Saya memang sangat setuju dengan point no.2 tu.
Sila lawat entri terbaru blog: Perkhidmatan Pelanggan Bisnes Internet[/pre]

Komen Blog dengan Nofollow

[pre]Saya memang sangat setuju dengan point no.2 tu.
Sila lawat entri terbaru blog: Perkhidmatan Pelanggan Bisnes Internet[/pre]
Secara ringkasnya syntax untuk memautkan link anda adalah seperti ini  Tajuk_Artikel_Anda  manakala tambahan rel=”dofollow” atau rel=”nofollow” digunakan seperti contoh di atas.

Antara tempat yang anda boleh tinggalkan backlink anda:
1. Blog
2. Sebagai Penulis tamu untuk blog lain
3. Forum
4. Social Bookmarking seperti digg

About author

Related articles

5 Comments

1. Silmi February 09, at 15:54

terima kasih gan infonya semoga bermnfaat bagi kta semua...

Reply
2. BeruangSiber April 23, at 07:46

Terima kasih di atas ilmu ini. Harap dengan ilmu ini akan dapat meningkatkan trafik ke blog saya. Sila lawat entri terbaru blog: 3 Tips Buat Duit Dengan Blog

Reply
3. Beruang Siber April 24, at 08:45

Salam. Terima kasih di atas tunjuk ajar di atas. Ilmu yang sangat berguna untuk newbie mcm saya. Beruang Siber

Reply

Leave a Reply