Bagaimana Membeli Nama Domain di Godaddy

August 15, 2015 0 Comments Domain dan Web 593 Views

Maksud nama domain di atas adalah nama pada laman web, contoh azriyusof.com. Sesuatu alamat IP akan ditukar kepada nama domain untuk memudahkan orang ramai mencapai fail-fail di server (cth: fail html laman web). Jika anda harus mengingati alamat IP seperti ini 23.229.115.237 tentunya sukar berbanding dengan azriyusof.com.

Pada masa ini, kita masih lagi menggunakan IP versi 4 (IPv4). Terdapat lebih 4 bilion (4.3 x 109) jumlah alamat IP di internet untuk IP versi 4 ini. Manakala akan datang apabila IPv4 ini kehabisan digunakan oleh semua komputer dan server. IP versi 6 (IPv6) akan diguna pakai di mana jumlahnya adalah lebih 3 undecilion  (3.4 x 1036  atau 1 diikuti dengan 36 kali 0).

Suka untuk saya taip iaitu 3,400,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000 jumlah alamat IPv6. Disebabkan jumlah IPv6 yang banyak inilah, sekarang ini kita dapat lihat pelbagai sambungan domain baru telah wujud, cth selain .com, kita ada .tips, .guru, .ninja, .marketing, .co, .xyz serta banyak lagi.

Penggunaan IPv6 ini mungkin mengambil masa lama lagi untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan pembangunan semula software, hardware dan infrastruktur.


 

Godaddy.com adalah tempat dimana orang ramai boleh membeli domain .com, .net dan sebagainya. Ia merupakan pendaftar domain (registrar) yang terbesar di dunia. Proses membeli sesuatu domain adalah mudah sebenarnya. Di bawah adalah cara untuk membeli sebuah domain.

Sebaik-baiknya sediakan 3 atau lebih nama domain sebelum anda membuat pembelian. Sila ikuti tips pemilihan nama domain.

1.  Pergi ke Godaddy.com , dan mula buat carian nama dengan mengisi ruang ‘Find your perfect domain name‘ dan klik butang ‘SEARCH DOMAIN‘. Contoh di bawah saya mengisi nama akuninja.

g1

 

2.  Jika nama (domain) ini masih ada dan boleh dibeli, notis seperti di bawah akan menunjukkan yang nama itu masih ‘available‘. Terdapat juga domain yang ‘available’ tetapi dijual dengan harga ratusan atau ribuan ringgit. Ini kerana domain itu diniagakan semula dengan harga tinggi oleh pemiliknya.

g2

 

3.  Manakala jika nama tersebut sudah diambil, notis domain ‘is taken‘ akan keluar. Anda terpaksa membuat carian sekali lagi.

g3

 

4.   Jika anda sudah berpuas hati dengan nama yang dipilih (seperti no. 1 di atas). Klik ‘SELECT‘ dan kemudian klik ‘CONTINUE TO CART‘ (Sila abaikan yang lain di bawahnya – Get 3 and Save 66% untuk .net, .org dan .info kerana ia adalah upsell

g4

 

5. Seterusnya anda akan diberi beberapa add on atau tawaran. Anda boleh abaikan kesemuanya dan terus scroll ke bawah sehingga berjumpa butang ‘Continue to cart‘, klik pada butang tersebut.

g5

6. Kini masa untuk anda melakukan pembelian dan pembayaran. Pilih tempoh (term) untuk berapa lama domain ini akan anda gunakan. Pilih ‘1 Year‘ atau lebih jika mahu. Selepas ‘term’ tamat, anda kena ‘renew’ dengan membayar semula. Di sebelah kanan dapat dilihat harga untuk pembelian domain ini, klik pada butang ‘Proceed to Checkout‘ di bawahnya.

g6

 

7. Pilih New Customers jika anda baru pertama kali membeli di Godaddy. Seterusnya anda akan di bawa pula ke ruangan pendaftaran.

n1

 

8. Di ruangan pendaftaran ini, isi segala maklumat berkaitan. 

n2

 

9. Pastikan anda mencatit, ingat username dan password serta 4 digit nombor PIN. Simpan ia di tempat yang selamat. Nombor PIN digunakan apabila ingin berkomunikasi dengan Godaddy melalui telefon. Ia merupakan nombor rahsia kerana hanya dengan cara itu, identiti anda dapat dikenal pasti sebagai pemilik akaun. 

 

n3

 

10. Seterusnya masukkan maklumat kad kredit anda. Kad debit bank (cth Maybank) juga boleh digunakan. Security Code adalah nombor 3 digit yang terdapat di belakang kad. Sesudah itu klik butang ‘Continue

n4

 

11. Jika semuanya telah sempurna dan anda telah mengikuti segala arahan yang diberikan. Di sebelah kanan anda dapat melihat Oder Summary. Klik ‘check‘ pada Term I agree to the following – Term dan Agreement. Kemudian klik butang ‘Place Your Order‘.

o1

 

12. Ia tidak mengambil masa lama untuk mesej di bawah keluar. Menandakan anda sudah boleh gunakan domain yang baru sahaja dibeli tadi. Sekian…

02

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply