Apa itu Startup

November 28, 2013 3 Comments Bisnes 542 Views

Startup disini bermaksud sebuah perusahaan yang baru atau juga sebuah projek yang baru dimana masih dalam fasa pembangunan sesuatu produk dan mencari pasaran untuk produk itu. Perkataan ini menjadi popular dan digunakan di seluruh dunia ketika era dot com bubble lagi. 

 

Perkataan ini sering digunakan dalam industri IT. Ia popular dikalangan pembangun laman-laman sosial, permainan, perisian dan pengatur cara. Mereka membawa satu budaya yang berbeza dengan budaya korporat. Pakaian pejabat mereka adalah pakaian kasual, berselipar dan seluar pendek sudah cukup untuk ke tempat kerja. Keadaan sekeliling di tempat kerja tidak penting, mereka hanya fokus kepada tugasan malah sesetengah startup yang berjaya sebenarnya hanya bermula dari rumah. 

 

Perkataan startup juga boleh digunakan untuk industri lain, seperti industri peruncitan, desa, makanan dan lain-lain. Seperti contoh anda memulakan aktiviti startup anda apabila ingin memulakan perniagaan menjual kuih semperit dari rumah.

 

Pengertian startup berbeza dengan penubuhan sebuah syarikat. Perbezaan ini dapat dilihat melalui aktiviti yang dilakukan. Penubuhan sesebuah syarikat boleh sahaja berlaku hanya sebab untuk suka-suka mendaftar, menaik taraf perniagaan atau lain-lain. Manakala startup lebih disebabkan kewujudan projek baru.

 

Antara aktiviti penting sesebuah startup di peringkat permulaan dalam merangka halatuju, adalah membuat penyelidikan untuk mengenal pasti, menilai dan membangunkan sesebuah idea,  kemudian konsep serta seterusnya produk. 

 

Modal

 

Pada peringkat permulaan, biasanya pemilik atau pengasas bersama akan menggunakan wang mereka dahulu. Kemudian setelah mencapai satu tahap yang boleh dikembangkan barulah para pelabur individu atau syarikat lain dicari. Sehingga ke satu tahap mereka akan memasuki pasaran saham dengan memperkenalkan IPO (Initial Public Offer), seperti contoh Twitter yang mula disenaraikan pada 7 November baru-baru ini.

 

Antara startup yang berjaya adalah seperti Google, Twitter, Dropbox dan syarikat Silicon Valley yang lain. Tidak kurang juga yang berasal dari Malaysia seperti Says.com, Carlist.my dan iMoney.

 

About author

Related articles

3 Comments

  1. Masz December 03, at 15:58

    Terima kasih Tuan.. Artikle yang sangat berguna. Sila lawat saya kembali. Artikel terbaru blog <a href="http://www.mommyfayyadh.com/2013/11/makanan-pertama-bayi.html" rel="nofollow">Makanan Pertama Bayi</a>

    Reply

Leave a Reply