Apa Itu Dot Com Bubble

November 27, 2013 1 Comment Domain dan Web 405 Views

Dot Com Bubble berkait dengan pasaran saham. Keadaan di mana berlaku gelembung ekonomi (economic bubble), gelembung spekulatif, atau gelembung kewangan. Gelembung ini terjadi apabila perdagangan dalam volume besar dengan harga yang sangat berbeza dengan nilai intrinsiknya. Dalam kata lain, memperdagangkan produk atau aset dengan harga yang lebih tinggi daripada nilai fundamentalnya.

Sebelum berlaku nya dot com bubble pada tahun 2000. Semua syarikat besar di Silicon Valley berlumba-lumba membina jenama, infrastruktur, rangkaian dan pusat data mereka dengan menggunakan dana dari pasaran saham.

Pada ketika itu, orang awam memandang tinggi akan syarikat-syarikat dot com ini, ditambah dengan kesamaran isu sensasi Y2K (Pepijat alaf). Sehingga bila sahaja saham berkaitan dengan nya, pasti laku seperti pisang yang digoreng panas. Apa yang sedang membuak di bawah nya adalah umpama bom jangka, yang tanpa disedari akan memancung para pelabur dan membuat mereka kerugian besar serta meninggalkan syarikat-syarikat ini dengan bebanan hutang.

Harga saham mereka adalah berdasarkan sentimen dan spekulasi, bukan harga yang wajar atau praktikal (sensible price) malah jauh dari nilai ekstrinsik (boleh diukur secara langsung) sebenar. Ini kerana syarikat-syarikat ini belum mempunyai perniagaan yang kukuh, masih baru  malah tidak membuat untung.

Bearish Rally

Permulaan kemuncaknya adalah pada tanggal 10 Mac tahun 2000. Apabila indeks komposit NASDAQ (yang menjadi petunjuk sektor teknologi) ditutup pada harga 5,048.62 jatuh dari nilai tertinggi hari itu iaitu 5,408.60. Pasaran saham dilihat sedang membuat pembetulan nya sendiri. Ditambah dengan tekanan polisi kerajaan Amerika berkaitan cukai dan laporan penganalisis saham pada ketika itu, membawa ketakutan. Institusi dan sindiket mula menjual saham mereka, begitu juga sebahagian pelabur runcit. Meninggalkan malapetaka pada pelabur baru dan yang lain. Arus penurunan ini berlarutan sehingga suku ketiga 2002.

Kesan dan akibat

Banyak syarikat yang bankrap dan yang sedang tenat terpaksa bergabung dengan syarikat lain untuk hidup. Ada juga yang menghadapi tuntutan undang-undang serta bank-bank pelaburan disoal siasat kerana mengelirukan para pelabur dengan spekulasi. Google dan Amazon adalah antara syarikat yang terselamat dari krisis ini.

Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak bankrap dan bangun semula walapun saham mereka turun dari USD100 sehingga ke USD6 sesaham ketika itu, adalah strategi dan fokus mereka kepada hubungan dengan pelanggan. Malah menjadi nilai pengasas Amazon.com Jeff Bezos yang berteraskan pelanggan. Manakala Google pula merupakan enjin carian yang semakin popular ketika itu.

About author

Related articles

1 Comment

Leave a Reply