Apa Itu Cloud Computing

August 20, 2013 5 Comments Cloud Computing 976 Views
Apa Itu Cloud Computing

Apa itu Cloud Computing? Ia digambarkan seperti sebuah awan yang didalamnya diletakkan pelbagai infrastruktur IT, hardware dan software. Pengguna individu atau organisasi boleh menyambung kepada awan ini dengan menggunakan peranti yang disambung dengan internet, bagi menjalankan aktiviti harian, kerja pejabat, berhubung dengan emel, membangunkan laman web serta aktiviti lain.

Seperti perkataan cloud itu sendiri ia mengambarkan keadaan yang tidak jelas kerana kepelbagaian perkhidmatan yang terdapat di dalamnya. Seorang programmer tidak akan dapat mengambarkan keseluruhan struktur dan senibina Cloud Computing kerana kepelbagaian ini, begitu juga dengan para jurutera komputer dan rangkaian yang mungkin tidak memahami perihal perisian dan yang lain. Ketidak fahaman ini yang sering digambarkan dengan bentuk awan.  (Mungkin anda pernah lihat gambar seakan awan yang dilukis pada pelan sesebuah sistem atau pelan litar elektrik untuk mengambarkan struktur atau sesebuah mesin secara umum – secara mudah).

Apa itu Cloud ComputingUntuk memahami tentang Cloud Computing, anda boleh bayangkan seperti sedang membeli sebuah komputer. Anda boleh memilih processor apa yang anda inginkan, berapa besar ruang hard disk, kad grafik, pemain DVD dan juga berapa besar RAM yang anda mahu. Anda juga boleh memilih sistem operasi Windows, Mac atau Linux serta memilih perisian apa yang anda inginkan seperti MS Office, Photoshop atau apa sahaja supaya bersesuaian dengan kegunaan anda.

Kata kunci di sini anda boleh memilih mengikut kemahuan atau keperluan anda, malah dengan Cloud Computing anda tidak perlu membeli sebaliknya menyewa dan membayar mengikut kegunaan. Bagi sesebuah organisasi ia membawa kesan yang signifikan terhadap kos. Seperti contoh – server dan perisian untuk emel, perisian perakaunan atau inventori tidak perlu dibeli sebaliknya menggunakan server dan perisian yang boleh didapati daripada penyedia perkhidmatan Cloud Computing.  

Tiada spesifikasi atau pakej yang jelas kepada pelanggan, kerana segala yang terdapat di dalam cloud ini adalah bersifat elastik iaitu anda boleh memilih perkhidmatan apa yang anda mahu dari perisian, platform, saiz pindahan data, saiz database, infrastruktur hinggalah perkhidmatan sokongan IT serta mengubah dengan membesarkan, mengecilkan, menambah atau membuang sesetengah perkhidmatan mengikut kemampuan dan keperluan organisasi/anda sendiri. Keupayaan elastik (meregang – memanjang atau pendek seperti spring) inilah ciri utama Cloud Computing.

Pay As You Go

Sesetengah perkhidmatan pula anda hanya perlu membayar mengikut sumber yang telah anda gunakan, seperti contoh penggunaan bandwidth dan ruang simpanan data.  

Pada masa kini memahami keperluan dan kegunaan Cloud Computing adalah sama seperti memahami keperluan dan kegunaan komputer pada awal 90 an dulu. Ia sebuah evolusi dalam pengkomputeran dan perisian. Sesetengah perisian seperti Adobe CC dan Microsoft Office 360 kini sudah mula berpindah ke Cloud Computing. Tiada lagi pemasangan ke dalam komputer anda, manakala sesebuah organisasi tidak perlu membeli lesen Enterprise untuk keseluruhan pekerja. Hanya dengan membuat langganan secara bayaran bulanan atau tahunan, perisian ini boleh digunakan dimana jua.

Model penting Cloud Computing boleh dibahagi seperti berikut:

Model cloud computing

  • Software as a Service (SaaS)
  • Platform as a Service (PaaS)
  • Infrastructure as a Service (IaaS)
  • Network as a Service (NaaS)

Dimana,

Software as a Service (SaaS) – Mengguna perisian yang tersedia di dalam Cloud Computing yang lebih kepada end user.  Contoh: Microsoft Office yang sekarang boleh digunakan melalui Office 365, Adobe Creative Suite yang boleh digunakan melalui Adobe Creative Cloud dengan kos yang lebih murah.

 Platform as a Service (PaaS) – Menggunakan perisian dan hardware di dalam Cloud Computing seperti rangka kerja aplikasi, database yang lebih kepada pembangun perisian, pembangun permainan (gaming). Contoh:   Google App Engine, Microsoft Azure Services.

Infrastructure as a Service (IaaS) – Menggunakan hardware seperti server, ruang penyimpanan data, sistem operasi dan rangkaian. Dimana segala hardware ini disewa secara virtual bukan bersifat fizikal. Contoh: Amazon S3, Amazon EC2.

Network as a Service (NaaS) – Walaupun NaaS adalah sub-model di bawah IaaS, namun model ini signifikan kerana kepentingan nya dalam penghantaran data dan juga kos. Kelajuan, latency dan bandwidth menjadi keutamaan bila terdapat permintaan pengguna yang tinggi untuk sesuatu sumber. NaaS diperlukan bagi organisasi yang ingin mewujudkan rangkaian privasi mereka sendiri. Juga terdapat peningkatan kos untuk penghantaran data bergantung pada kawasan-kawasan di seluruh dunia. Contoh: Amazon Cloudfront dan  AWS Partner Network (APN) – (Perkhidmatan penghantaran data/kabel pihak ketiga) 


SaaS, PaaS dan IaaS adalah model yang utama dalam Cloud Computing. Terdapat lagi pelbagai sub-sub model untuk memberi lebih pemahaman kepada pengguna akan kegunaan nya.

Membina Laman Web yang Dinamik

Anda boleh membina laman web yang dinamik dengan menggunakan wordpress, Joomla atau CMS yang lain di dalam Cloud Computing. Bagi membina sesebuah laman web yang dinamik, 2 atau lebih model digunakan, iaitu Paas, IaaS dan mungkin juga NaaS.   

Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan Cloud Computing ini (sekadar menampal beberapa nama) adalah:

 

Segala isi dalam artikel ini adalah dari pemahaman dan pembacaan saya dan mungkin berbeza kepada pembaca. Jika terdapat penambahan atau kesalahan, sila tinggalkan komen anda.  

About author

Related articles

5 Comments

  1. Kak Ma November 26, at 15:13

    assalamualaikum saudara alhamdulillah artikel yg sgt membantu saya yg naif dlm komputer saya mohon share artikel saudara boleh tak? saya link back kembali ke website saudara. terima kasih

    Reply
    • Azri November 26, at 15:20

      Boleh Kak Ma.. Silakan.

      Reply
  2. Johan February 19, at 11:18

    penerangan yang cukup jelas dan padat. tq bro!

    Reply
  3. emen October 30, at 10:27

    di malaysia, company yg menyediakan perkhidmatan cloud ialah Skali group (skali.net)...Produk adalah Skalicloud.

    Reply
  4. wani January 31, at 16:26

    assalamualaikum, bolehkah cloud computing ni digabungkan dengan connection ipv6?

    Reply

Leave a Reply