5 Kesilapan Utama SEO

November 3, 2012 0 Comments SEO 378 Views

Setiap usahawan internet akan maklum bahawa optimasi enjin carian atau search engine optimisation (SEO) adalah penting untuk memastikan sesebuah laman web mendapat ranking yang baik di enjin carian. Terdapat banyak tip untuk melakukan SEO, namun ramai yang masih tidak mendapat ranking yang baik di enjin carian.

Berikut disenaraikan 5 kesilapan utaman SEO yang perlu dielakkan oleh seseorang usahawan internet.

1. Menggunakan kata kunci yang tidak tepat

Ramai orang meletakkan kata kunci di dalam nama domain, tajuk laman web dan kandungan laman web mereka berdasarkan apa yang mereka fikirkan adalah tepat untuk mendapatkan pelawat. Walaubagaimanapun, tidak semestinya ramai pelawat yang akan mencari laman web berdasarkan kata kunci yang difikirkan tadi. Akhirnya, laman web tersebut langsung tidak muncul di keputusan enjin carian kerana menggunakan kata kunci yang tidak tepat.

Sebaik-baiknya, seorang usahawan internet tidak akan bergantung kepada pendapat sendiri dalam pemilihan keyword. Sebaliknya, dia akan menggunakan perisian berbayar atau percuma untuk menyemak apakah kata kunci yang mendapat carian paling banyak di dalam niche yang dipilihnya.

2. Tajuk laman web tidak dinyatakan

Kerapkali pemilik laman web terlupa atau langsung tidak tahu untuk meletakkan tajuk laman webnya. Ini lazimnya berlaku apabila mereka terlalu sibuk menyiapkan kandungan laman web tadi, ataupun mereka meletakkan imej di kepala laman web mereka untuk menggantikan tulisan tajuk itu. Sungguhpun imej lazimnya kelihatan lebih cantik daripada tulisan biasa, ini tidak semestinya baik untuk tujuan SEO. Ini adalah kerana robot-robot enjin carian akan pertama sekali mencapai tajuk sesebuah laman web untuk tujuan indeks di enjin carian mereka. Sekiranya pemilik laman web tadi tidak menyatakan tajuk khusus untuk laman web mereka, robot enjin carian tidak akan menjumpai laman web tersebut dan langsung tidak menyenaraikannya di keputusan enjin carian walaupun kata kunci yang tepat telah digunakan.

3. Kandungan yang tidak relevan

“Kandungan adalah raja”. Sudah tentu ada biasa mendengar penyataan ini. Kandungan yang relevan dan unik bukan sahaja dapat menambat hati pelawat anda untuk kembali ke laman web anda, ia juga merupakan antara strategi SEO yang utama. Namun, antara kesalahan yang dilakukan oleh pemilik laman web di luar sana adalah meletakkan kandungan yang tidak relevant dan tidak unik di laman web mereka. Mereka beranggapan adalah lebih bagus untuk mempunyai banyak posting di laman web mereka, tanpa mengira kualiti kandungan tersebut. Bukan sahaja pelawat tidak berpuas hati dengan kandungan tersebut, robot enjin carian juga akan kurang mengindeks laman web tadi di keputusan enjin carian.

4. Link berbalik yang tiada kualiti

Link berbalik atau ‘backlink’ adalah bagus untuk tujuan SEO. Lazimnya pemilik laman web akan menyangka bahawa lebih banyak link berbalik, lebih tinggi potensi sesebuah laman web akan diindeks oleh enjin carian. Maka mereka akan berusaha membuat sebanyak mungkin link berbalik ke laman web mereka. Walaubagaimanapun, kebanyakan enjin carian telah mengemaskini algoritme carian mereka, dan kini mereka mengutamakan kualiti link berbalik berbanding kuantiti. Oleh itu, sekiranya sesebuah laman web adalah mengenai percutian keluarga, link berbalik daripada laman web penginapan dan makanan akan dianggap berkualiti. Manakala link berbalik daripada laman web gusti besar kemungkinan dianggap tidak berkualiti oleh robot enjin carian, melainkan percutian keluarga itu tadi ada membuat pengisian gusti sepanjang percutian mereka!

5. Tiada kesabaran

Kerja-kerja optimasi enjin carian lazimnya mengambil tempoh masa yang panjang. Seseorang pemilik laman web perlu menyediakan kata kunci yang tepat di dalam nama domain, tajuk dan kandungan laman web, menyediakan kandungan yang relevan, mengusahakan link berbalik yang berkualiti, mengemaskini laman web web dari semasa ke semasa, menyemak dengan enjin carian dan pelbagai perkara lain. Lazimnya, hasil daripada kerja-kerja SEO tidak boleh dicapai dalam sehari atau seminggu. Ramai yang menyangka mereka boleh melakukan outsource kepada pihak-pihak tertentu dan membayar upah yang mahal dengan harapan akan mendapat ranking yang baik di keputusan enjin carian. Ini adalah antara kesilapan SEO – tiada kesabaran untuk mematuhi algoritma enjin carian yang sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa. Berikan ia masa. Sekiranya anda bersabar dan menuruti strategi SEO yang betul, dan mengelak daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang dinyatakan di atas, pasti hasilnya akan menyebelahi anda.

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply