10% Kejayaan Usahawan Internet

December 28, 2012 0 Comments Bisnes 334 Views

Terdapat satu kajian yang menunjukkan cuma 10% daripada individu yang ingin menjana wang melalui internet akhirnya mencapai kejayaan. Hasil kajian ini agak membimbangkan kerana ini bermaksud daripada 10 orang yang menceburi perniagaan internet, cuma seorang yang akan berjaya.

Jadi persoalannya di sini, bagaimanakah untuk memastikan kita adalah seorang yang akan berjaya berbanding 9 orang lain yang tidak berjaya di dalam perniagaan internet itu tadi? Mari kita lihat beberapa tips kejayaan seseorang usahawan internet. Sekiranya anda konsisten mengaplikasikan tips-tips ini, anda pasti meningkatkan kejayaan perniagaan internet anda.

1. Menetapkan matlamat perniagaan anda

Perkara utama yang anda perlu berpegang teguh kepadanya adalah matlamat perniagaan anda. Bagi sesebuah model perniagaan internet yang anda ceburi, anda haruslah fokus dalam mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh, anda menetapkan matlamat untuk mencapai pendapatan RM20 ribu daripada perniagaan melalui eBay dalam tempoh 6 bulan. Matlamat sebegini akan mendorong anda untuk berusaha lebih gigih untuk memastikan anda mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Fokus dalam menjalankan perniagaan anda

Seterusnya, anda haruslah terus fokus dalam menjalankan perniagaan anda sehingga anda dapat menjana keuntugan yang anda impikan. Anda mungkin mengalami kejatuhan, namun anda tidak harus berputus asa. Dengan meneruskan perniagaan anda secara konsisten, nescaya anda akan mengecapi kejayaan pada suatu hari nanti.

3. Senarai sebanyak mungkin model, bermula dengan satu dahulu

Sesungguhnya terdapat banyak model perniagaan internet di luar sana. Perniagaan produk digital, produk fizikal, eBay, Lelong.my, penyediaan perkhidmatan dan sebagainya. Adalah sebaiknya anda menyenaraikan sebanyak mungkin model yang anda ingin jalankan dan yang anda mampu laksanakan. Daripada senarai model tersebut, anda disarankan untuk bermula dengan satu sahaja model terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda boleh memberikan tumpuan khusus kepada satu perniagaan ini, dan menyalurkan melaburkan kos dan masa untuk perniagaan ini sahaja. Potensi untuk berjaya adalah lebih tinggi sekiranya anda fokus kepada satu projek dalam satu-satu masa.

4. Berpindah kepada model berikutnya apabila model pertama telah kukuh

Setelah anda melihat pencapaian memberangsangkan untuk model perniagaan pertama itu tadi, dengan kaedah promosi berkesan serta penjanaan wang yang konsisten daripada model tersebut, bolehlah anda berpindah kepada model perniagaan berikutnya di dalam senarai anda untuk anda mulakan. Dengan cara ini, anda mempelbagaikan sumber pendapatan anda tanpa merugikan sumber pendapatan perniagaan pertama anda sebentar tadi.

5. Fokus dan kemaskini bahan serta keperluan perniagaan

Anda juga perlu bijak untuk menilai bahan, alat serta keperluan lain untuk perniagaan anda. Sebagai contoh, sesebuah perniagaan internet memerlukan laman web, blog, borang opt-in untuk membina senarai subscriber, borang maklum balas pelanggan dan sebagainya. Dari semasa ke semasa, anda juga mungkin perlu mengemaskini keperluan perniagaan itu tadi mengikut peredaran masa dan perkembangan perniagaan anda. Sebagai contoh, sekiranya laman web anda sebelum ini menyediakan kandungan di dalam bahasa Malaysia, dan pada satu ketika perniagaan anda berkembang ke pasaran antarabangsa, sudah tentu anda perlu mengemaskini kandungan laman web anda supaya bersesuaian denga prospek pelanggan anda di persada antarabangasa.

6. Promosi perniagaan anda secara konsisten

Selanjutnya, anda perlu melakukan promosi perniagaan anda secara konsisten, tanpa mengira naik turun kadar jualan produk atau perkhidmatan anda. Anda perlu menetapkan jadual khusus untuk melakukan promosi supaya anda tidak terlepas pandang tarikh yang anda perlu muat naik posting di blog anda, atau memberi respon kepada persoalan pelanggan, dan sebagainya.

7. Optimasikan penggunaan promosi online dan offline

Pada hari ini, perniagaan internet sekalipun menggunakan kaedah promosi offline dan online. Sungguhpun promosi online lazimnya lebih mudah dan cepat, namun anda tidak boleh merendahkan potensi promosi offline bagi memastikan anda boleh mencapai seramai mungkin pelanggan. Sebagai contoh, anda boleh mengedarkan flyers ke sesuatu kawasan perniagaan, atau mengiklankan produk atau perkhidmatan anda di dalam akhbar atau majalah bercetak.

8. Semak pesaing anda dari semasa ke semasa

Selanjutnya, anda perlu melakukan semakan pesaing anda dari semasa ke semasa. Sekiranya perlu, anda mungkin perlu meminda matlamat perniagaan yang anda telah tetapkan sebelum ini, atau mengubah kaedah promosi yang berlainan, atau memfokus kepada model perniagaan yang lain. Apa sekalipun, anda perlu tampil berbeza daripada pesaing-pesaing anda, dengan anda mempunyai kelebihan yang nyata berbanding pesaing-pesaing anda untuk memikat pelanggan.

About author

Related articles

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply